Datuk Sabariah Ahmad adalah merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor[1] ketika Kerajaan Negeri Johor diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Jorak dari tahun 1986 hingga tahun 1995 lalu. Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Kesang sebelum ia dibubarkan pada tahun 1986 lalu.
Politik
Di peringkat akar umbi, Sabariah merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Johor.[2] Anak saudaranya, Asiah Md Ariff adalah merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.[3]
Meninggal dunia
Sabariah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 April 2018, jam 11.30 malam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Parit Kadzi, Muar, Johor[4]