STAR World

STAR World
Pemilikan
PemilikSTAR TV
Saluran kembarSTAR Plus
Sejarah
Dilancarkan
  • 15 Disember 1991; 32 tahun yang lalu (1991-12-15) (Star Entertainment) dari STAR Plus
  • 1 Januari 2001; 23 tahun yang lalu (2001-01-01) (Taiwan; first incarnation)
  • 1 Januari 2022; 2 tahun yang lalu (2022-01-01) (Taiwan; second incarnation)
MenggantikanFox Taiwan (melancarkan)
Ditutup
  • 1 Oktober 2017; 7 tahun yang lalu (2017-10-01) (Southeast Asia & Hong Kong)
  • 1 Februari 2020; 4 tahun yang lalu (2020-02-01) (Taiwan; first incarnation)
  • 15 Mac 2023; 20 bulan yang lalu (2023-03-15) (India)
  • 31 Disember 2023; 11 bulan yang lalu (2023-12-31) (Taiwan; second incarnation)
Digantikan olehFox Life
Nama dahulu
  • Star Entertainment (1991–1992)
  • Star Plus (1992–1996)

Star World ialah stesen televisyen bahasa Inggeris yang bertemakan hiburan dan drama. Stesen televisyen ini adalah sebahagian daripada jaringan Star TV, yang berpusat di Hong Kong. Star World adalah pengganti Star Plus, yang pada masa ini merupakan saluran hiburan dalam bahasa Hindi. Kebanyakan daripada rancangan di saluran ini diambil dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk memberikan kelebihan kepada penonton yang bermastautin di Asia Selatan dan di Asia Tenggara.

Kawasan-kawasan yang dapat menerima Star World termasuk Bangladesh, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Israel, Malaysia, Pakistan, Papua New Guinea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Timur Tengah, Thailand dan Vietnam.

Sejarah

Sebelum Star World wujud, Star Plus merupakan saluran hiburan dalam Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh Star TV. Ia memulakan siaran pada tahun 1992 dan pesaing utamanya dalam bahasa Hindi adalah Zee TV. Selepas STAR mengakhiri perkongsian dan persekutuannya dengan Zee TV (sekarang ZEE Telefilms, Ltd.), Star Plus telah bertukar menjadi saluran bahasa Hindi dan selepas itu, Star World telah akhirnya dilancarkan.

Semua rancangan di Star World sudah disiarkan tetapi ia masih akan disimpan dan akan disiarkan lagi mengikut tuntutan pada masa akan datang.

Saluran beroperasi

Walaupun saluran ini menayangan rancangan yang sama di setiap kawasan (kecuali dinyatakan), tetapi yang berbeza adalah masa mereka ditayangkan.

  • STAR World Asia - (Masa siaran - HK/SIN dan WIB/Thai) siaran serentak dengan Feed Timur Tengah mulai 24:00 hingga 06:00 (SIN/HK)
  • STAR World India - (Masa siaran - IND)
  • STAR World Timur Tengah - (Masa siaran - KSA, UAE dan PAK)
  • STAR World Filipina - susunan rancangan yang sama dengan feed Asia, tetapi tanpa siaran serentak Timur Tengah)

Jangkauan

Negara-negara yang di bawah ini sudah terjangkau oleh Star World namun untuk jangkauan domestik negara tersebut hanya boleh ditentukan oleh penyelenggara TV kabel atau satelit yang aktif di negara tersebut.

ID stesen

Contoh promosi iklan pada Star World Asia Tenggara. Logo setengah bening ini dipakai pada pojok kanan hingga 2 November 2008,ketika logo baru mulai dipakai
  • Apabila saluran ini telah dilancarkan buat kali ketiga pada tahun 2005, lagu yang telah dimainkan di stesen mereka untuk sebab-sebab identifikasi (SID) adalah Let's Get It Started daripada Black Eyed Peas.
  • Pada 11 Disember 2006, lagu itu telah ditukar kepada Come Rain, Come Shine daripada Tata Young.
  • Tepat tanggal 15 Jun 2007, lagu itu ditukar lagi kepada "Love Today" oleh Mika.
  • Pada bulan Oktober 2008, Star World Timur Tengah menukar ID stesen dengan ID stesen baru, termasuk logo baru serta tampilan menarik.
  • Tepat tanggal 3 November 2008, Star World Asia Tenggara dilancarkan ulang dengan logo baru dan ID stesen terbaru mereka.[1]

Rancangan-rancangan di Star World

Berikut merupakan rancangan-rancangan yang ditawarkan oleh Star World.


Monday Night Laugh

Monday Night Laugh adalah slot untuk cerita-cerita sitkom. Ia akan disiarkan setiap hari Isnin bermula 8.05PM. Cerita sitkom yang disiarkan ialah :

Rujukan

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!