SMERSH

Direktorat Perisikan Balas Utama "SMERSH"
Главное управление контрразведки СМЕРШ
СМЕРШ
Intisari perisikan balas tentera
Dibentuk14 April 1943
Agensi-agensi terdahulu
  • Direktorat Jabatan Khas dalam NKVD USSR
  • Direktorat Utama III dalam MGB KRSS
Dibubarkan4 Mei 1946[1][2]
JenisPerisikan balas tentera
Bidang kuasa
Soviet Union dan wilayah-wilayah yang baru dibebaskan (Perang Dunia II)
Ibu pejabatLubyanka (tingkat 4 dan 6) Moscow, Soviet Union
MotoDeath to Spies!
Agensi induk
Jawatankuasa Pertahanan Negara

SMERSH (Rusia: СМЕРШ – akronim "death to spies" (matikan pengintip)– Rusia: Смерть шпионам [SMERt' SHpionam]) adalah sebuah organisasi perlindungan bagi tiga agensi bebas perisikan balas dalam Tentera Merah yang ditubuhkan pada akhir tahun 1942 atau mungkin lebih awal, tetapi secara rasminya diumumkan hanya pada 14 April 1943. Nama SMERSH telah dicipta oleh Joseph Stalin. Sebab utama penciptaannya adalah untuk menghalang percubaan tentera Jerman daripada menyelinap masuk kedalam Tentera Merah di Barisan Timur.[3][4]

Statut rasmi SMERSH menyenaraikan tugas-tugas berikut yang akan dilaksanakan oleh organisasi ini: risik balas, membenteras keganasan, mencegah apa jua aktiviti perisikan luar dalam Tentera Merah; memerangi "anasir-anasir anti-Soviet" dalam Tentera Merah; melindungi garisan depan daripada kemasukkan pengintip dan "anasir-anasir anti-Soviet"; menyiasat pengkhianat, pembelot dan anggota yang mencederakan diri sendiri dalam Tentera Merah; dan memeriksa anggota tentera dan orang awam yang pulang dari kurungan.

Organisasi tersebut secara rasminya wujud hingga 4 Mei 1946,[1][2] apabila tugasnya telah dipindahkan kembali pada NKGB.[5] Ketua agensi ini adalah Viktor Abakumov, yang kemudian menjadi Menteri Keselamatan Negara pada tahun-tahun selepas perang.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Service record for Victor Abakumov, Head of SMERSH GUKR (in Russian) Retrieved 2012-07-21
  2. ^ a b Service record for Nicholas Selivanovsky, Deputy Head of SMERSH GUKR (in Russian) Retrieved 2012-07-21
  3. ^ "The Soviet Army: SMERSH", SpetsNaz Psychology
  4. ^ Антонов-Овсеенко, Антон (1999). Берия. m/s. 316. ISBN 978-5-237-03178-2.
  5. ^ Parrish, Michael (1996). The Lesser Terror Soviet State Security, 1939–1953. Greenwood Publishing Group. m/s. 114–120. ISBN 0-275-95113-8. Dicapai pada May 18, 2011.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!