Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas. [2]
Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie, Norhafieza dan Norhanina. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]
Meninggal dunia
Datuk S. Atan meninggal dunia pada usia 75 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang, Sabtu akibat Sesak nafas.
Rujukan
^Mohd. Yusman Awang (21 April 2009). "Ditaja dermawan Cina". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-23. Dicapai pada 19 Januari 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)