Lockheed S-3 Viking merupakan sebuah pesawat jet yang digunakan di atas armada kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Peranan utamanya adalah untuk mengenal pasti, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh. Pada akhir 1990-an, peranan misi pesawat S-3B telah ditukar kepada peperangan permukaan dan pengisian minyak di udara. Viking juga memberi peranan dalam peperangan elektronik dan keupayaan pengawasan permukaan kepada kumpula tempur kapal pengangkut. Disebabkan bunyi enjin yang memiliki pitch tinggi, ia diberi gelaran sebagai "Hoover" sempena nama satu jenama pencuci hampagas.
Perkhidmatan S-3 Viking telah ditamatkan oleh Tentera Laut A.S pada bulan Januari 2009, dan misi-misinya kini diambil alih oleh platfom lain.
Rujukan
Bibliografi
Winchester, Jim, ed. Military Aircraft of the Cold War (The Aviation Factfile). London: Grange Books plc, 2006. ISBN 1-84013-929-3.