Beberapa siri rusuhan berlaku pada Julai 2009 di Perancis. Pada Hari Bastille di komun Montreuil, kawasan pinggir timur Paris, belia Perancis membakar 317 kereta.[1] Tiga belas pegawai polis cedera.[2] Pada 9 Julai, ramai belia memulakan protes di Firminy berhampiran Saint-Étienne, selepas kematian seorang lelaki muda Algeria, Mohamed Benmouna, dalam tahanan polis.[3][4] Ibu bapa Benmouna menolak kenyataan rasmi bunuh dirinya.[5] Rusuhan pada hari Bastille sering berlaku di Perancis kerana kadar pengangguran yang tinggi dan dasar integrasi yang gagal untuk minoriti.[3][6] Lebih 240 orang telah ditangkap berhampiran Paris.
Pegawai-pegawai polis yang tercedera kebanyakannya mengalami masalah pendengaran selepas menjadi sasaran pemuda bersenjatakan mercun dan bahan letupan buatan sendiri berskala kecil.[7]
Lihat juga
Rujukan