Rumah perahu atau rumah terapung adalah kapal yang dirancang dan diubahsuai sebagai tempat tinggal manusia. Mereka biasanya berlabuh di tepi sungai atau tasik dan terus tinggal di sana untuk beberapa lama.
Di Kashmir, rumah perahu ini merupakan tarikan utama pelancong di Tasik Dal , Tasik Nagin dan beberapa lagi tasik di sini. Rumah perahu dibina daripada kayu-kayu yang berkualiti dan tidak mudah reput. Dinding kayu diukir dengan pelbagai arca dan motif seperti daun dan burung yang dikaitkan dengan kehidupan maharaja Mughal pada zaman dahulu. Hujan kurang turun kecuali salji. Oleh itu , masalah anai-anai kurang sekali.
China
Rumah perahu di bina oleh masyarakat nelayan terutama di bandar Aberdeen, Hong Kong .
Australia
Di Sungai Murray bahagian Queensland ada banyak rumah perahu menyerupai ponton dengan lebih dua bilik. Rumah perahu ini digunakan pada masa cuti dan boleh disewa.
Rujukan
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!