Lukisan pada kurun ke-19 yang menggambarkan Cavelier de La Salle
René Robert Cavelier, Sieur de La Salle, atau Robert de LaSalle (22 November, 1643 – 19 Mac, 1687) merupakan seorang penjelajah berbangsa Perancis. Beliau menjelajah kawasan tasik-tasik besar benua Amerika Utara, Sungai Mississippi, dan Teluk Mexico; beliau turut menuntut keseluruhan lembah Mississippi sebagai milik kerajaan empayar Perancis.