Red Cliff (Bahasa Cina: 赤壁; pinyin: Chìbì) (Tebing Merah), juga dikenali sebagai[perlu rujukan] The Battle of Red Cliff (Perang Tebing Merah), ialah sebuah filem epik China berdasarkan Perang Tebing Merah dan peristiwa yang berlaku semasa zaman Three Kingdoms (Tiga Negara) di negara Cina purbakala. Filem ini dijangka akan ditayangkan dalam dua versi: di rantau Asia, Red Cliff akan ditayangkan dalam dua bahagian yang memakan masa 4 jam, dengan bahagian pertama ditayangkan pada Julai 2008 dan yang keduanya pada Januari 2009. Di luar Asia, filem tersebut akan ditayangkan dalam versi 2½ jam pada Januari 2009.
Filem ini diarah oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi Tony Leung Chiu-Wai, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling danZhao Wei. Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta, The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini. [3]
Filem ini ialah salah satu daripada dua filem berkaitan Tiga Negara untuk tahun 2008. Filem yang satu lagi ialah Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon arahan Daniel Lee yang sudahpun ditayangkan.
Plot
Pengarah John Woo dalam satu wawancara oleh CCTV-6 menyatakan bahawa filem tersebut akan secara utamanya menggunakan catatan-catatan sejarah Chronicle of the Three Kingdoms sebagai asas kepada latar cerita Battle of Red Cliffs, berbanding dengan novel sejarah Romance of the Three Kingdoms. Demikian, watak-watak yang secara tradisinya digambarkan sebagai watak antagonis seperti Cao Cao dan Zhou Yu akan digambarkan dengan lebih tepat berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar dalam filem tersebut.[4]
Pelakon
Pelakon asal yang diganti
- Tony Leung Chiu-Wai pada asalnya dipilih untuk melakonkan watak Zhuge Liang. Namun, dengan alasan masalah kesihatan dan juga keletihan daripada berlakon dalam filem Lust, Caution, beliau menarik diri daripada filem berkenaan.[5] Penerbit Terence Chang berkata peruntukan kewangan untuk filem tersebut tidak dipengaruhi oleh perubahan berkenaan.[2]
- Ken Watanabe pada asalnya dipilih untuk watak Cao Cao.[6] Namun, berdasarkan laporan, beberapa peminat China membantah pilihan tersebut atas alasan bahawa pelakon Jepun kurang sesuai untuk melakonkan watak sejarah negara China. Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa bantahan-bantahan tersebut telah mempengaruhi keputusan pengarah John Woo yang pada akhirnya, memilih Zhang Fengyi untuk watak tersebut.[7]
- Chow Yun-Fat pada asalnya dipilih untuk watak Zhou Yu dan juga pernah dipertimbangkan untuk watak Liu Bei. Bagaimanapun, beliau menarik diri pada 13 April, 2007, apabila pelakonan filem tersebut baru hendak bermula. Chow menerangkan bahawa beliau menerima skrip yang dikaji semula seminggu lebih awal dan tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia, tetapi penerbit Terence Chang menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerjasama dengan Chow agak rumit kerana penginsurans filem tersebut dari Hollywood membantah 73 klausa dalam kontrak Chow.[8] Chow kemudian diganti oleh Tony Leung Chiu-Wai yang sebelum ini menolak watak Zhuge Liang.[9][10] Bagaimanapun, terdapat juga khabar angin bahawa Chow mungkin muncul sebagai pelakon sampingan dalam filem tersebut.
Rujukan Tambahan
Rujukan
- ^ Red Cliff ready for its closeup from Variety
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IHT
- ^ Dawtrey, A., Guider, E. "Berlin star power eclipses click pics", Variety, 2007-02-17. Retrieved on 2007-04-06.
- ^ Zhang, X. "John Woo to reinterpret Cao Cao and Zhou Yu", Jingbao, 2007-02-08. Retrieved on 2007-04-04.
- ^ Unknown. "Tony Leung leaps off Red Cliff", The Guardian, 2007-03-22. Retrieved 2007-04-04.
- ^ Unknown. "Zhao Wei to Join All-star Cast for "Battle of the Red Cliff"", China Radio International, 2007-02-09. Retrieved on 2007-04-04.
- ^ (Cina) Tang, A. "Choice of Kaneshiro as Zhuge Liang criticized", Chinese Business View, 2007-03-09. Retrieved on 2007-04-04.
- ^ Lee, M. "Chow Yun-Fat Drops out of 'Red Cliff'"[pautan mati kekal], Associated Press, 2007-04-17. Retrieved on 2007-04-17.
- ^ Frater, P. & Coonan, C. "Leung rejoins 'Red Cliff'", Variety, 2007-04-19. Retrieved on 2007-04-20.
- ^ McCurry, J. "Chinese epic loses the plot as actors quit £40m project", The Guardian, 2007-04-20. Retrieved on 2007-04-20.
Pautan Luar