Raytheon Company (NYSE: RTN) adalah sebuah kontraktor pertahanan utama dari Amerika Syarikat. Perniagaan teras syarikat ini adalah di dalam pembuatan sistem pertahanan dan elektronik komersial dan pertahanan. Dahulunya ia terlibat dalam pesawat udara korporat dan misi khas sehingga awal tahun 2007. Raytheon kini adalah pengeluar peluru berpandu terbesar di dunia.[1]