Pusat penyerahan terbitan merupakan peruntukan undang-undang ke atas individu atau kumpulan untuk menyerahkan salinan terbitan mereka kepada sesebuah repositori, kebiasaanya merupakan sebuah perpustakaan. Keperluan ini kebiasaanya terhad kepada buku dan bahan terbitan bersiri sahaja. Jumlah serahan tertakluk kepada sesebuah negara sama ada dari satu sehingga 19 (di Poland). Kebiasaannya perpustakaan negara akan dilantik menjadi salah satu pusat repositori kepada salinan-salinan ini.
Pada tahun 2000, UNESCO menerbitkan cadangan untuk pembinaan undang-undang pusat penyerahan terbitan.[1]
Di Malaysia, merujuk kepada Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, lima buah salinan bahan bercetak termasuk buku, bahan bercetak, peta, carta dan poster hendaklah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu, dua buah salinan bahan bukan bercerak juga perlu diserahkan.[2]
Rujukan
^Larivière, Jules. – Guidelines for legal deposit legislation, - Paris : United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, 2000. – (scanned version), (HTML version)
Kenneth D. Crews (November 1988). "Legal Deposit in Four Countries: Laws and Library Services". American Association of Law Libraries. 80 (4). SSRN1773025.
Library and Archives Canada. Legal Deposit at the [then named] National Library of Canada = Le Dépôt légal à la Bibliothèque nationale du Canada. Ottawa: National Library of Canada, 1982. Text, printed tête-bêche, in English and in French. ISBN0-662-52131-5