Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.
Sejarah Teluk Batik
Teluk batik dikatakan bermula dengan kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik orang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut.[perlu rujukan] Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruh dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80-an. Oleh sebab panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.
Senarai Mangsa Lemas
Rujukan
Pautan Luar
http://www.mpm.gov.my/telukbatik [Teluk Batik]