Pulau Sembilan, PerakTaman Negeri Pulau Sembilan |
---|
|
|
Major islands |
- Pulau Lalang
- Pulau Buluh
- Pulau Saga
- Pulau Nipis
- Pulau Batu Putih
- Pulau Rumbia
- Pulau Payung
- Pulau Agas
|
---|
|
Malaysia |
Negeri | Perak |
---|
Daerah | Manjung |
---|
Pulau Sembilan (Cina: 九屿岛) merupakan salah satu pulau tumpuan para pelancong dan juga taman negeri di Daerah Bagan Datuk, Perak, Malaysia. Pulau ini terkenal dengan “blue drop” dan ditutup sementara sejak April 2017 disebabkan oleh ekosistem di pulau tersebut terancam.
Pulau Sembilan terletak dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan pulau ini terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor dan ia terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil[1] iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.
Pulau Sembilan menjadi destinasi tarikan kaki pancing banyak terdapat banyak ikan dan hidupan laut lain yang hidup di perairan disekitar pulau tersebut. Selain itu terdapat juga aktiviti menyelam dan snorkeling, terutamanya di kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dengan Pulau Lalang kerana ia hanyalan sedalam 15 meter dan dipenuhi dengan batu karang. Kawasan batu karang ini menarik perhatian beribu-ribu spesis hidupan laut terutamanya ikan merah dan ikan barakus untuk berlindung dan untuk mencari makanan.
Daya tarikan pulau ini bukan sahaja terletak pada kegiatan menyelam dan memancing, tetapi adalah disebabakan keindahan panorama semulajadi yang menarik. Satu daya tarikan pantai di Pulau Sembilan ini adalah ianya bercahaya apabila waktu malam tiba yang digelar “Blue Tear” atau “Blue Sand”. Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Pulau Sembilan, iaitu Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton. [2]
Akibat kedatangan pelancong yang terlalu ramai, Taman Negeri Pulau Sembilan telah ditutup buat sementara waktu bagi memulihkan persekitaran Pulau Sembilan yang tercemar ekoran aktiviti komersial melampau dan individu yang tidak ada rasa tanggung-jawab. Ini adalah bagi mengekalkan keindahan pulau tersebut kini terancam.[3]
Rujukan
Pautan luar