Persatuan Jurulatih Selaman Profesional; bahasa Inggeris: The Professional Association of Diving Instructors (PADI) adalah penyedia keahlian selaman rekreasi terbesar di dunia dan merupakan sebuah organisasi latihan selaman yang mula ditubuhkan pada tahun 1966 oleh John Cronin dan Ralph Erickson.[1] Cronin asalnya ialah seorang jurulatih untuk organisasi selaman NAUI yang kemudiannya berhasrat untuk menubuhkan organisasinya sendiri bersama Erickson, dan seterusnya berhasrat untuk membina modul latihan selaman yang pelbagai mengikut kursus selaman yang berlainan supaya dapat dijadikan pilihan oleh ramai orang khususnya buat penyelam baru dan berpengalaman.[2]
Sistem PADI menyeliputi pelbagai modul dengan objektif pembelajaran standard yang terbahagi kepada pembangunan kemahiran teori dan praktikal. Teori adalah suatu cara pembelajaran yang menggunakan kaedah pemerhatian terhadap visual CD-ROM atau on-line, buku, jadual dan kira-kira didalam kelas.[3] Semua pilihan pembelajaran yang disediakan secara kaedah teori oleh PADI akan disertakan dengan paparan video untuk membantu pelajar berimaginasi dengan apa yang mereka baca, ini secara tidak langsung dapat memberi kesan segera untuk pelajar memahami konsep dan langkah selaman yang diperlukan. Pengesahan terhadap tahap pencapaian kemahiran pelajar kemudiannya akan dinilai para jurulatih skuba berkemahiran tinggi menerusi sesi praktikalnya. Sesi praktikal biasanya akan dilakukan didalam kolam renang atau kolam selaman yang sama digunakan untuk melatih pelajar yang mengikuti kursus open water. Selanjutnya selepas selesai sesi latihan di kolam pelajar akan dibawa ke laut terbuka untuk ujian kemampuan menyelam di laut terbuka. Jika berjaya menamatkan latihan, pelajar akan diminta untuk menjawab soalan bertulis (biasanya ujian akan dibuat dalam format objektif). Jika lulus ujian, maka pelajar akan diberikan kad /sijil selam skuba sebagai suatu bentuk lesen untuk menyelam skuba di seluruh dunia.
Kursus PADI adalah berdasarkan kepada konsep pencapaian terhadap program menyelam itu sendiri. Bermula dari peringkat permulaan dan perkenalan sehinggalah ke peringkat pengetahuan praktikal. Kursus yang disediakan oleh PADI adalah unik kerana ia hanya mengajar kepada apa yang sepatutnya diajar kepada seorang penyelam, ini bermaksud kursus PADI tidak akan diajar pada bab-bab yang bukan relevan dan pada bab yang secara praktikalnya tidak ditempuhi oleh penyelam apabila mereka melakukan selaman. Kursus PADI menyeliputi asas pengetahuan kepada bidang fizik selaman, fisiologi selaman, dan aras kimia dan biologi yang dibina pada setiap peringkat program. Juga kursus PADI turut menekankan tentang kaedah penggunaan gajet selaman dan kerelevanannya untuk digunakan pada sesuatu bentuk selaman. Penerangan yang lebih esoterik dalam konsep ini akan ditinggalkan untuk kursus lain agar kursus akan datang yang akan ditempuhi ole penyelam dapatlah penyelam memahaminya dengan mudah. Sistem praktikal yang cuba di berikan ini sebenarnya cukup memenuhi keperluan dan kehendak nilai falsafah pembelajaran moden dan selalunya pembelajaran yang diterima akan sentiasa dipertingkatkan setiap kali sesi latihan dilakukan.[4][5]
Tambahan kepada kursus aliran kepakaran seperti diatas, jurulatih individu PADI boleh bersedia dan mengajar (dengan kebenaran PADI) kursus kepakaran mereka, dan kursus-kursus lain yang mereka pakar lakukan. Beberapa kursus yang disediakan biasanya kurang menggunakan kepakaran mereka dalam bidang yang penyelam itu ceburi misalnya (dalam bidang kepakaran "Twin-set diver", "Full face-mask diver", "Surface Marker Buoy" dan "Advanced wreck diver"). Lain abstrak baik dengan merujuk kepada keterampilan atau keadaan keperluan di kawasan tempatan (mungkin seseorang itu perlu mendalami kepakaran dalam bidang "Golf ball diver", "Zen/Yoga diver", "Perkahwinan bawah air" atau mungkin "Wreck of the Rhone diver" kursus kepakaran). Mungkin juga "Spiegel Grove Diver" kepakaran dari penyelam laut.[8]
^Richardson, D; Menduno, M; Shreeves, K. (eds). (1996). "Proceedings of Rebreather Forum 2.0". Diving Science and Technology Workshop.: 286. Dicapai pada 2008-08-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)