Prime Minister and I

Prime Minister and I
Juga dikenali sebagai
Prime Minister Is Dating
GenreKomedi
Romantik
Ditulis olehKim Eun-hee
Yoon Eun-kyung
PengarahLee So-yeon
Dibintangi oleh
Lee Beom-soo
Im Yoon-ah
Yoon Shi-yoon
Chae Jung-an
Penggubah lagu tema
Noh Young Shim
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod17
Penerbitan
Penerbit eksekutifKim Hyeong-il
PenerbitPark Man-young
LokasiKorea Selatan
Pemasangan kamera
Kamera Berganda
Tempoh siaran60 minit pada hari Isnin dan Selasa pada 22:00
Syarikat penerbitan
SM C&C
Penyiaran
Saluran asalKBS 2TV
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal09 Disember 2013 (2013-12-09) – 04 Februari 2014 (2014-02-04)
Kronologi
MengikutiMarry Him If You Dare
Pautan luar
Laman sesawang

Prime Minister and I (Hangul총리와 나; RRChongriwa Na) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2013 dibintangi oleh Im Yoon-ah, Lee Beom-soo, Yoon Shi-yoon, Chae Jung-an dan Ryu Jin.[1][2] Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 9 Disember 2013 sehingga 4 Februari 2014 pada hari Isnin dan Selasa pukul 10:00 malam sebanyak 17 episod.[3]

Sinopsis

Perdana Menteri Kwon Yul (Lee Beom-Soo) seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat teratur melakukan segala-galanya ketika berada di pejabat tetapi beliau bergelut untuk membesarkan ketiga-tiga orang anaknya. Nam Da Jung (Yoona) ialah seorang wartawan penuh dengan keghairahan ketika bekerja,tetapi sentiasa berakhir dengan tidak mendapat bahan-bahan yang gempak. Nam Da Jung datang ke Kwon Yool dan tiga anaknya umpama hadiah Hari Natal.[4]

Watak

Watak Utama

Kwon Yool, 42 tahun, Perdana Menteri termuda Republik Korea Beliau kehilangan isterinya dalam kemalangan kereta 7 tahun lalu dan terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya sendirian. Beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang jujur dan berintegriti,tetapi realitinya beliau mempunyai hubungan yang menyulitkan dengan anak-anaknya dan beliau juga mempunyai mulut yang jahat,berupaya menukarkan perkataan-perkataan baik ke buruk dengan semulajadinya seperti ketika beliau berada di rumah. Beliau adalah pemimpin yang terkenal di mata dunia,juga di masa yang sama tidak mampu memasak semangkuk mi. [6]

Nam Da Jung, 28 tahun, Wakil wartawan Tabloid tahun ketiga, bertanggungjawab melaporkan Berita Scandal. Pada pandangan pertama, dia tampak bijak dan seorang wanita yang cekal, tetapi dia sebenarnya seorang yang cemerkap dan sentiasa membuat kesilapan dan memalukan dirinya sendiri. Berangan-angan ingin menjadi seorang novelis seperti Jane Austen; tetapi dalam masyarakat yang dimana seseorang tidak boleh membuat duit dengan mudah,menjadi seorang penulis sememangnya adalah impian yang menyedihkan. Akhirnya, dia telah menggunakan bakatnya dengan menjadi seorang penulis dan seorang jurugambar untuk syarikat 'Scandal News'. Disebabkan bapanya yang mempunyai alzheimer,dia terpaksa bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan bapanya di hospital. Untuk mendapatkan berita-berita yang hebat dia telah mengejar Kwon Yool pagi dan malam dalam cubaannya untuk mendapatkan temubual eksklusif. [6]

Kang In Ho, 32 tahun, Pegawai atasan untuk pejabat Perdana Menteri Buat pertama kali pertemuannya dengan Da Jung, dia merasakan Da Jung ialah seorang wanita yang unik dan menarik, walaupun ketika Da Jung mulai mengganggu Kwon Yool dengan meminta untuk berkahwin dengannya.Lama-kelamaan dia merasa benci kepada Da Jung kerana tindakannya yang tidak ubah seperti perempuan murahan.Namun selepas dia mengetahui sebab-penyebab Da Jung berkelakuan begitu,dia tidak boleh membenci Da Jung lagi, malah dia bertambah sayang dan cinta kepada Da Jung,dan dia akan melindungi Da Jung melebihi dirinya sendiri. [6]

Seo Hye Joo, 35 tahun, Hoobae(Junior) kepada Kwon Yool, pembantu Kwon Yool yang paling setia dan yang bersamanya dari zaman kolej. Sangat tenang dan seorang yang tegas serta bijak dalam pelbagai perkara, tetapi dia adalah seorang yang dungu dalam percintaan.Walaupun telah lama menyimpan perasaan pada Kwon Yool walaupun dari zaman kolej,tetapi dia tidak pernah mengungkapkan cintanya kepada Kwon Yool. Dia gembira dengan hanya berada disamping Kwon Yool dalam pekerjaan dan menyinmpan perasaannya, sehingga satu hari, Nam Da Jung muncul dalam hidupnya. [6]

Park Joon Ki, 42 tahun, Menteri Kewangan dan Strategi, Abang ipar Kwon Yool dan juga pesaingnya dalam bidang politik. Dia ialah seorang yang penuh dengan keyakinan dan juga seorang yang bercita-cita tinggi. Dia berkahwin dengan Na Yoon Hee hanya kerana inginkan kuasa politik. Dia telah bekerja keras untuk berada dimana dia berada sekarang. Walaupun pernah menjadi sahabat yang rapat dengan Kwon Yool satu ketika dahulu, tetapi semuanya berakhir kerana dia mendapat tahu bahawa cinta pertamanya iaitu Hye Joo mencintai Kwon Yool. Dia merasakan kematian adiknya Na Young adalah disebabkan kepayahan dan kesusahan yang dibawa Kwon Yool, dan dia tidak dapat memaafkan Kwon Yool. Dia hanya menginginkan Kwon Yool tumbang dari dunia politik dan tidak akan pernah bangkit lagi. [6]

Anak-anak Perdana Menteri

Watak Tambahan

Perkadaran Penonton

Didalam jadual dibawah, yang berwarna biru mewakili perkadaran tontonan terendah dan yang berwarna merah mewakili perkadaran tontonan tertinggi.

Episod # Tarikh Penyiaran Asal Purata bahagian penonton
Perkadaran tontonan TNmS [13] AGB Nielsen[14]
Di Seluruh Negara Kawasan Ibu Negara Seoul Di Seluruh Negara Kawasan Ibu Negara Seoul
1 9 Disember 2013 5.4% 5.8% 5.9% 5.4%
2 10 Disember 2013 5.0% 5.9% 5.4% 5.0%
3 16 Disember 2013 5.5% 6.1% 7.3% 7.0%
4 17 Disember 2013 5.8% 6.4% 6.5% 6.4%
5 23 Disember 2013 6.0% 6.1% 5.9% 5.5%
6 24 Disember 2013 5.5% 5.9% 5.7% 5.4%
7 30 Disember 2013 8.0% 8.6% 8.9% 10.0%
8 6 Januari 2014 6.5% 7.1% 7.3% 8.3%
9 7 Januari 2014 6.5% 7.3% 7.3% 8.0%
10 13 Januari 2014
11 14 Januari 2014
12 20 Januari 2014
13 21 Januari 2014
14 27 Januari 2014
15 28 Januari 2014
16 3 Februari 2014
17 4 Februari 2014
Purata % % % %

Anugerah

Pada malam berprestij Anugerah Drama KBS 2013,Yoona telah memenangi 'Anugerah Cemerlang' bagi kategori siri mini.Dia juga telah memenangi hadiah 'Pasangan Terbaik' bersama Lee Beom-soo

Rujukan

  1. ^ "Lee Beom-soo and Yoon A To Co-Star in New KBS Drama Premier and I". KBS Global. 2013-10-24. Dicapai pada 2014-01-29.
  2. ^ Oh, Jean (2013-12-04). "Korea's sweetheart goes for the big laugh". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-01-29.
  3. ^ Lee, Cory (2013-12-31). "Prime Minister & I Confirms to Air 1 More Episode". TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-26. Dicapai pada 2014-01-29.
  4. ^ "'Prime Minister and I' Kicks Off with First Script Reading". Mwave.interest.me. Dicapai pada 2013-12-10.
  5. ^ "Upcoming Korean drama "The Prime Minister and I" @ HanCinema :: The Korean Movie and Drama Database". Hancinema.net. 2013-09-13. Dicapai pada 2013-12-10.
  6. ^ a b c d e "등장인물 > 드라마소개 > 총리와 나 > 드라마 >". KBS. 2013-11-28. Dicapai pada 2013-12-10.
  7. ^ http://www.kdramastars.com/articles/12935/20131210/prime-minister-and-i-first-episode-yoon-ahs-brazen-acting-great-reviews.htm
  8. ^ "Yoona from Girls' Generation to star in new drama @ HanCinema :: The Korean Movie and Drama Database". Hancinema.net. Dicapai pada 2013-12-10.
  9. ^ "SNSD's Yoona Confirms New Drama with Lee Bum Soo". Mwave.interest.me. 2013-10-21. Dicapai pada 2013-12-10.
  10. ^ "Girls' Generation YoonA Turns Paparazzi for New TV Series". Tenasia. 2013-11-15. Dicapai pada 2013-12-10.
  11. ^ "Yoon Si-yoon to come back to KBS @ HanCinema :: The Korean Movie and Drama Database". Hancinema.net. Dicapai pada 2013-12-10.
  12. ^ "Yoon Shi Yoon Joins SNSD's Yoona for 'Prime Minister and I'". Mwave.interest.me. 2013-10-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-26. Dicapai pada 2013-12-10.
  13. ^ "TNMS Daily Ratings: this links to current day-select the date from drop down menu". TNMS Ratings (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2012-10-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "AGB Daily Ratings: this links to current day-select the date from drop down menu". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2012-10-31.CS1 maint: unrecognized language (link)

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!