Po-i-Kalan atau Poi Kalan (Uzbek: Poi Kalon, Parsi: پای کلان Pā-i Kalān) ialah sebuah kompleks keagamaan Islam di Bukhara, Uzbekistan. Kompleks ini terdiri daripada tiga bahagian utama, Masjid Kalan (Masjid-i Kalan), Menara Kalan (Minâra-i Kalân) dan madrasah Mir-i-Arab. Kedudukan tiga struktur itu mewujudkan sebuah dataran petak di pusatnya, dengan Mir-i-Arab dan Masjid Kalan berkedudukan bertetangan sesama sendiri. Selain itu, kawasan dataran dikelilingi bazar serta struktur yang bercantum dengan menara di utara dan selatan. Masjid ini ialah antara masjid terbesar di Asia Tengah, di belakang Masjid Bibi-Khanym (Samarkand) dan Masjid Agung Herat di Afghanistan.[1]
Rujukan
- ^ Gangler, Anette (2004). Bukhara, the Eastern Dome of Islam: Urban Development, Urban Space, Architecture and Population. Stuttgart. m/s. 112–152.
Pautan luar