Pinang Ranti ialah sebuah stesen BRT Transjakarta yang terletak di Pinang Ranti, Makasar, Jakarta Timur. Stesen BRT ini berada di Koridor 9 yang membentang dari tenggara ke barat laut Jakarta. Stesen BRT ini merupakan stesen BRT awal Koridor 9 ke arah Pluit.
Dulu di terminal ini terdapat cabang jalan yang berakhir di Kubu, sebuah kampung di kelurahan Setu, Cipayung, Jakarta Timur, yang berdekatan Taman Mini Indonesia Indah sepanjang 5 km. Kini, cabang jalan ini sudah tak terpakai lagi sejak akibat Rusuhan Mei 1998.
Tempat-tempat terdekat
- Monumen Pancasila Sakti
- Taman Mini Indonesia Indah
- Asrama Haji Pondok Gede
- RS Haji Jakarta
Pautan luar