Pilihan raya umum telah diadakan di Ghana pada 7 Disember 2020. Penjawat kini Presiden Nana Akufo-Addo dari Parti Patriotik Baru (NPP) telah dipilih semula dalam pusingan pertama selepas mendapat majoriti undian.[2] Bekas Presiden John Dramani Mahama berkata beliau akan mempertikaikan keputusan tersebut.[3]
Pengundi yang layak mesti warganegara Ghana yang sekurang-kurangnya 18 tahun, walaupun mereka yang diisytiharkan gila dilucutkan hak undi. Calon-calon parlimen mesti warganegara Ghana yang sekurang-kurangnya 18 tahun, dan sama ada pemastautin di kawasan pilihan raya mereka atau telah tinggal selama sekurang-kurangnya di sana lima daripada sepuluh tahun sebelum piliha raya tersebut.[6]