Pia Alonzo Wurtzbach (lahir 24 September 1989), dahulu dikenali di industri pemodelan dan hiburan Filipina sebagai Pia Romero, ialah ratu cantik, model dan pelakon Filipina-Jerman yang dimahkotakan Miss Universe 2015 pada 20 Disember 2015. Beliau sebelum ini telah memenangi Binibining Pilipinas 2015, dalam percubaan ketiganya dalam pertandingan ini. Wurtzbach telah berkhidmat sebagai Duta Muhibah UNAIDS untuk Asia & pasifik sejak 2016.
Wurtzbach ialah rakyat Filipina ketiga untuk memenangi gelaran Miss Universe, selepas Gloria Diaz yang menang pada tahun 1969 dan Margarita Moran yang menang pada tahun 1973.[1]
Kehidupan awal
Wurtzbach dilahirkan di Stuttgart, Jerman kepada bapa Jerman dan ibu Filipina.[2] Nama tengahnya "Alonzo" ialah nama keluarga ibunya, mengikut amalan penamaan di Filipina. Keluarga itu menetap di Iligan, Filipina dan kemudiannya menetap di Cagayan de Oro di wilayah Mindanao Utara di mana beliau menghaidiri tadika di Kong Hua School dan sekolah rendah di Corpus Christi School.[3][4]
Pertandingan kecantikan
Binibining Pilipinas
Pia muncul di pertandingan kebangsaan Binibining Pilipinas sebanyak 3 kali, iaitu pada 2013 (tempat pertama), 2014 (15 teratas) dan 2015 (juara).[5]