Gabungan Rhine (Jerman: Rheinbundcode: de is deprecated ; Perancis: secara rasminya États confédérés du Rhincode: fr is deprecated ("Gabungan Negeri-negeri Rhine"), tetapi secara praktiknya adalah Confédération du Rhincode: fr is deprecated ) adalah sebuah gabungan negeri-negeri sekutu dalam Empayar Perancis Pertama. Ia mula diasaskan dengan 16 buah negeri-negeri Jerman oleh Napoleon selepas beliau mengalahkan Austria dan Rusia dalam Pertempuran Austerlitz. Perjanjian Pressburg yang membawa kepada penubuhan Gabungan Rhine, yang mana berlangsung pada tahun 1806 sehingga tahun 1813.[2]
Gabungan 16 buah negeri "raja-raja Jerman" (Fürstencode: de is deprecated ) kemudiannya disertai oleh 19 buah negeri lain daripada Empayar Rom Suci. Pergabungan negeri-negeri tersebut mengandungi lebih daripada 15 juta penduduk dan memberi kelebihan strategik kepada Empayar Perancis di barisan timurnya. Ia dianggap sebagai entiti boneka kepada Maharaja Napoleon oleh negara-negara pihak anti-Perancis.
Bagi mencapai cita-cita Napoleon melalui revolusi pemodenan, beliau mengarahkan para tentera dan bekalan daripada negeri-negeri ini untuk tujuan mendanai kempen peperangan beliau. Napoleon memerlukan negeri-negeri GAbungan ini membekalkan 63,000 orang tentera. Kejayaan Gabungan berdasarkan kejayaan kempen ketenteraan Napoleon dalam pertempuran; di mana ia runtuh setelah Napoleon kalah dalam Pertempuran Leipzig pada tahun 1813.
Anggota-anggota monarki
Jadual-jadual berikut menunjukkan para anggota gabungan, lengkap dengan tarikh penyertaan, selain jumlah tentera yang dibekalkan.[3]