Perencat asid nukleik ialah sejenis antibakteria yang bertindakn dengan merencat penghasilan asid nukleik. Ada dua kelas utama: perencat DNA dan RNA.[1] Selain antibakteria, flusitosina, sejenis ubat antikulat, juga bertindak dengan cara yang serupa.
Perencat DNA
Perencat DNA klasik seperti kuinolon bertindak terhadap girase DNA sebagai perencat topoisomerase.[2] Sekumpulan lagi perencat DNA termasuk nitrofurantoin dan metronidazola bertindak terhadap bakteria anaerob.[3] Ubat-ubat ini bertindak dengan menghasilkan metabolit yang digandingkan dengan untaian DNA lalu menjadi lebih cenderung rosak.[4]
Antifolat bertindak secara utamanya sebagai perencat RNA serta DNA, dan biasanya disenaraikan bersama dengan perencat asid nukleik dalam buku teks. Namun begitu, ia juga bertindak secara tidak terus sebagai perencat sintesis protein (kerana tetrahidrofolat juga bertindak dalam sintesis asid amino serina dan metionina), dan oleh itu, kadangkala diasingkan dengan kategori tersendiri: antimetabolit.[6]
^Ralph, E. D. (1978). "The bactericidal activity of nitrofurantoin and metronidazole against anaerobic bacteria". The Journal of Antimicrobial Chemotherapy. 4 (2): 177–184. doi:10.1093/jac/4.2.177. PMID25874.