Jangan dikelirukan dengan
Emosi.
Kata perasaan memiliki beberapa definisi. Kata ini pertama digunakan dalam bahasa Inggeris untuk menjelaskan sensasi sentuhan fizikal melalui pengalaman atau persepsi. Kata ini juga digunakan untuk menjelaskan sensasi fizikal bukan sentuhan seperti "perasaan kehangatan".[1] Dalam psikologi, kata ini sering ditakrifkan bagi pengalaman subjektif sedar berkenaan emosi.[2] Fenomenologi dan heterofenomenologi merupakan pendekatan falsafah yang menyediakan dasar untuk pengetahuan mengenai perasaan. Banyak sekolah psikoterapi yang bergantung pada pakar terapi memperoleh sejenis kesefahaman perasaan klien, di mana metodologi dapat terbit. Beberapa teori hubungan antaraperibadi juga memiliki peranan dalam perasaan pelbagai atau kesefahaman satu sama lain.[perlu rujukan]
Persepsi dunia fizikal tidak menghasilkan dalam reaksi universal di antara penerimanya (lihat emosi), tetapi bergantung pada keinginan seseorang untuk menangani situasi, bagaimana situasi ini berhubungan dengan pengalaman masa lalu penerima, dan sejumlah faktor lain. Perasaan juga dikenal sebagai "keadaan sedar", seperti yang dihasilkan dari emosi, sentimen atau keinginan. Perasaan dapat ditakrifkan berbeza dengan emosi dalam pemahaman emosi secara am. Dalam hal ini, perasaan merupakan respon yang dipelajari tentang sebuah keadaan emosi dalam persekitaran atau kebudayaan tertentu. Perasaan dapat ditakrifkan sebagai sesuatu hal yang terjadi dalam fikiran manusia berdasarkan persekitaran dan fikirannya.[3]
Rujuan
Pautan luar