Penulisan (Jawi: ڤنوليسنcode: ms is deprecated ) boleh merujuk kepada dua kegiatan:
menulisaksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan
penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
Cara untuk mencatat maklumat
Sistem penulisan
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaitu piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).
Sejarah penulisan: Dari Jieroglif Ke Multimedia, disunting oleh Anne-Marie Christin, Flammarion (dalam bahasa Perancis, kulit keras: 408 muka surat, 2002, ISBN 2-08-010887-5)