Pentadbiran Ketenteraan British (BMA) adalah merupakan kerajaan pentadbiran interim British Borneo antara akhir Perang Dunia II dan penubuhan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak dan Borneo Utara pada tahun 1946. Khususnya, entiti ini berlangsung dari 12 September 1945 hingga 1 Julai 1946. Kawasan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak dan kawasan Borneo Utara akhirnya dikuasai secara menyeluruh oleh pihak kerajaan interim British Australia.[1][2][3][4] Manakala Labuan pula diletakkan di bawah pemerintahan ketenteraan sementara British dan ibu pejabat yang terletak di sana. Ibu pejabat pentadbiran pula kebanyakannya diuruskan dan diselaraskan sepenuhnya oleh Pasukan Imperial Australia (AIF).[5]
Pentadbiran
Kawasan di bawah pentadbiran ini terdiri daripada Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei.[6]
Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut