Dalam sains komputer, pengaturcaraan penyata (bahasa Inggeris: declarative programming) ialah paradigma pengturcaraan yang mengungkapkan logik penghitungan tanpa memerihalkan aliran kawalannya.[1] Kebanyakan bahasa pengaturcaraan mengamalkan gaya ini supaya kesan sampingan dikurangkan atau dilenyapkan dengan memberitahu atur cara apa yang perlu sempurnakan, bukan memberitahu bagaimana menyempurnakannya.[2] Ini berlawanan dengan pengaturcaraan imperatif di mana setiap langkah-langkah algoritma dinyatakan dengan jelas.
Pengaturcaraan penyata selalunya menganggap atur cara sebagai teori suatu logik formal, manakala penghitungan sebagai kesimpulan dalam ruang logik itu. Paradigma ini telah menjadi tumpuan kerana ia mungkin dapat meringkaskan penulisan atur cara selari.[3]
Bahasa penyata yang biasa termasuklah unkapan nalar, pengaturcaraan logik, dan pengaturcaraan kefungsian.
Rujukan
Pautan luar