Pada 13 Mac 2020, Breonna Taylor, seorang wanita Afrika Amerika berusia 26 tahun ditembak dan dibunuh di apartmennya di Louisville, Kentucky, oleh Jabatan Polis Louisville Metro (DPLM).[1]
Kekasih Breonna yang bernama Kenneth Walker dan kemudian terlibat dalam tembak-menembak dengan polis, kerana dia percaya bahawa polis yang memaksa masuk ialah tetamu yang tidak diundang. Dalam serangan balas, polis menembak lebih dari 20 kali. Breonna ditembak 8 kali.[2]
Pihak polis mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat penjualan ubat terlarang.[3][4]
Salah seorang suspek mempunyai hubungan dengan Breonna.[4] Waran penggeledahan meliputi rumah Breonna kerana dia merupakan suspek.[4][5] Namun tiada ubat-ubatan terlarang yang ditemui di apartmennya.
Kenneth mempunyai izin untuk membawa pistol dan menembak terlebih dahulu, mencederakan seorang anggota polis, kemudian polis melepaskan tembakan ke apartmen dengan lebih dari 20 tembakan. Keluarga itu menuntut jabatan polis yang memasuki rumah tanpa izin atau mengumumkan waran penggeledahan, dan mulai menembak tanpa memperhatikan nilai kehidupan manusia.[6]
^Burke, Minyvonne (13 May 2020). "Breonna Taylor police shooting: What we know about the Kentucky woman's death". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020. Her address was listed on the search warrant based on police's belief that Glover had used her apartment to receive mail, keep drugs or stash money. The warrant also stated that a car registered to Taylor had been seen parked on several occasions in front of a "drug house" known to Glover.