Penahanan anggota Royal Navy oleh Iran 2007

Pada 23 Mac 2007 seramai 15 tentera laut Diraja Britain di dalam bot HMS Cornwall telah dikepung, ditahan dan dirampas oleh Pengawal Revolusi Iran di perairan Iran dan Iraq. Setelah Britain membuat pernyataan maaf secara tertutup dan rundingan berterusan, mereka di bebaskan pada 4 April 2007 dan drama tebusan 13 hari berakhir.

Mereka terdiri dari 8 tentera laut dan 7 tentera marin diraja Britain telah menaiki bot pelampung secara 'tidak sengaja' menceroboh perairan negara Iran berhampiran Arvandrud/Shatt al-Arab. Mereka ditahan jam 10:30 pagi waktu Iraq (07:30 GMT, 11:00 pagi waktu Iran) .

Pada 6 April 2007, selepas dibebaskan 15 tentera marin itu menafikan mereka meminta maaf. Kerajaan Britain , Perdana Menteri Britain Tony Blair menafikan mereka telah meminta maaf.

Krisis ini tercetus ketika hubungan Iran-Britain cukup tegang berikutan Amerika Syarikat-Britain dan sekutu menjajah negara jirannya Iraq. Amerika telah mengetuk gendang perang terhadap Iran dan menuduh Iran memperkayakan bom nuklear.

Nama tahanan

Senarai nama askar yang menceroboh Iran seperti berikut

  1. Leftenan Felix Carman RN
  2. Kapten Christopher Air RM
  3. Chief Petty Officer Gavin Cavendish
  4. Acting Sergeant Dean Harris
  5. Leading Seaman Christopher Coe
  6. Acting Leading Seaman Faye Turney
  7. Lan Korporal Mark Banks
  8. Able Seaman Arthur Batchelor
  9. Able Seaman Andrew Henderson
  10. Able Seaman Simon Massey
  11. Able Seaman Nathan Summers
  12. Marin Paul Barton
  13. Marin Daniel Masterton
  14. Marin Adam Sperry
  15. Marin Joe Tindell

HMS Cornwall

HMS Cornwall ialah bot pelampung jenis Batch 3 Type 22 frigate yang termasuk dalam CTF 158. Komander HMS Cornwall ialah Nick Lambert dan mengarahkan 14 askar lelaki dan 1 askar wanita membuat rondaan di Semenanjung al-Faw di Shatt al-Arab, Iraq jam 10.30 pagi waktu Iraq (07.30 GMT). Di permukaan laut tidak ada batu sempadan atau garis sempadan. Pelaut atau tentera laut banyak bergantung kepada mesin panduan GPS yang serba canggih. Sepatutnya dalam situasi krisis semasa, Britain tidak berada di Iran.

Punca

  • Manouchehr Mottaki selaku Menteri Luar Iran mendakwa 15 tentera marin Britain yang bertugas di Iraq telah menceroboh dan memasuki perairan Iran sejauh 450 meter iaitu pada 29°51′9″ Utara , 48°45′11″ Timur. Iran telah menyiarkan rakaman pengakuan beberapa orang tentera tersebut dan banyak lagi tidak disiarkan.
  • Akhbar The Guardian melaporkan insiden menceroboh perairan Iran bukanlah pertama kali tetapi telah banyak disiarkan sebanyak 3-4 kali.
  • Britain mendakwa 15 tentera marinnya berada 1.5 km dari perairan Iran. Bot pelampung HMS Cornwall sedang meronda di perairan Iraq yang dikawal oleh tentera Britain. Kononnya rondaan dilakukan bagi membanteras penyeludupan kereta oleh kapal dagang di laut Iraq.
  • Mungkin terdapat kesilapan dalam mentafsir sempadan negara Iran-Iraq. Menurut Perjanjian Algiers 1975, titik sempadan terletak di 29°51′16″ Utara, 48°44′45″ Timur. Britain menggunapakai peta Shatt al-Arab yang diberikan oleh Universiti Durhamm, United Kingdom. Tentera tersebut masih berada di 29°50.174 Utara , 48°43.544′ Timur . Kononnya soal pencerobohan tidak timbul.
  • Sedangkan menurut peta Iran , Semenanjung al-Faw dalam wilayah Iran. Sebenarnya titik sempadan itu tidak pernah dipersetujui oleh Iran mahupun Iraq.

Pembebasan

Pada 4 April 2007, Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad membebaskan mereka sempena Maulidur Rasul (Sabtu) dan Hari Easter (Ahad). Sikap ini adalah ajaran agama yang suka memaafkan kesalahan dilakukan pihak lain. Mereka dihantar pulang terus ke London dengan pesawat BA6634-British Airways. Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London jam 12 tengah hari, 5 April 2007. Pemeriksaan kesihatan, mesyuarat dan taklimat dan berjumpa dengan keluarga diadakan di Devon.

Banyak spekulasi, rahsia dan rundingan tidak rasmi sebenarnya ‘terlibat’ dalam krisis 13 hari itu. Antaranya penukaran tahanan Iran, yang dicekup tentera Iraq di Irbil pada Januari 2007. Britain membenarkan diplomat Iran melawat ‘lima Irbil’ yang ditangkap di Iraq itu. Tetapi Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari menafikan hal tersebut.

Spekulasi mendakwa Presiden Syria, Bashar Al-Assad telah bersetuju menemui Nancy Pelosi, Speaker Dewan Kongres AS beberapa hari sebelum itu dan seterusnya merayu Iran membebaskan 15 tahanan.

Pengajaran

  • Britain tidak boleh sewenang-wenang memasuki perairan Iran atas apa sebab sekalipun. Britain jangan cuba bermain api dengan Republik Islam Iran.
  • Imej Iran meningkat kerana berlembut untuk tidak mendakwa tentera marin di mahkamah Iran. Sebelum ini PBB dan banyak negara menyeru Presiden Mahmoud Ahmedinejad membebaskan mereka.
  • Britain jangan lagi terperangkap dengan hubungan panas Tehran-Washington. Britain mungkin dituduh pengecut jika meminta maaf.
  • Krisis ini telah mengendurkan ketegangan di Asia Barat dan melambatkan isu nuklear Iran.
  • Harga minyak di pasaran dunia telah turun mendadak apabila krisis ini berjaya di selesaikan.
  • Sekatan ekonomi terhadap Iran yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dibincangkan buat sementara.
  • Kerajaan Republik Islam Iran adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji. Mereka dilihat sedia berunding , bertolak-ansur, berperikemanusiaan dan tidak ada unsur keganasan. Adakah Britain akan melakukan perkara yang sama?
  • Presiden Mahmood Ahmedinejad yang sebelum ini dicurigai, telah mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Penafian maaf

Pada Jumaat, 6 April 2007 askar Faye Turney menafikan mereka telah menceroboh. Ketika itu mereka berada 1.7 batu nautika berhampiran sempadan Iraq-Iran. Pengakuan menceroboh hanyalah sandiwara agar mereka dibebaskan. Sebenarnya mereka diseksa, digari,ditutup muka, dikurung dan sebagainya oleh penyiasat Pengawal Revolusi Iran.

Sejarah lalu

  • Pada hari Isnin, 21 Jun 2004, lapan tentera marin Britain ditahan selama 3 hari selepas memasuki Shatt al-Arab atau Arvandrud di Iran. Akhirnya mereka dibebaskan tetapi peralatan telah dirampas.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!