Pemerintahan beraja Kanada atau monarki Kanada (Bahasa Inggeris: Monarchy of Canada; Bahasa Perancis: Monarchie canadienne) ialah teras bagi kedua-dua struktur persekutuan Kanada serta demokrasi parlimen dan perlembagaan yang berdasarkan sistem Westminster.[2][3][4][5] Ia adalah asas kepada cabang-cabang eksekutif (Raja-dalam-Majlis), perundangan (Raja-dalam-Parlimen) dan kehakiman di dalam bidang kuasa persekutuan dan provinsi.[6][7][8] Raja terkini Kanada ialah Baginda Raja Charles III, yang telah memerintah sejak 8 September 2022. Anakanda sulung baginda Putera William merupakan pewaris seterusnya.
Walaupun baginda Raja dikongsi secara bersama dengan 15 negara merdeka yang lain di dalam kalangan negara Komanwel, setiap pemerintahan beraja di negara tersebut adalah berasingan dan secara undang-undangnya berbeza.[9][10][11][12][13] Hasilnya, baginda secara rasminya digelar sebagai Raja Kanada (atau Ratu Kanada) dan dalam kapasiti ini, baginda, suaminya dan ahli kerabat diraja Kanada yang lain menjalankan fungsi-fungsi awam dan persendirian di dalam dan luar negara sebagai wakil Kanada. Walau bagaimanapun, Raja adalah satu-satunya ahli kerabat yang mempunyai peranan dalam perlembagaan. Walaupun sesetengah bidang kuasa hanya boleh dijalankan oleh baginda (seperti melantik gabenor jeneral), kebanyakan tugas-tugas upacara dan istiadat (seperti memanggil Dewan Rakyat dan melantik duta) dijalankan oleh wakil baginda, Gabenor Jeneral Kanada.[14][15][16] Wakil Raja bagi setiap provinsi diwakili oleh leftenan gabenor. Disebabkan wilayah berada di bawah bidang kuasa persekutuan, setiap daripadanya mempunyai pesuruhjaya, yang mewakili Mahkota-dalam-Majlis secara terus.[17]
^Romaniuk, Scott Nicholas; Wasylciw, Joshua K. (Februari 2015). "Canada's Evolving Crown: From a British Crown to a "Crown of Maples"". American, British and Canadian Studies Journal. 23 (1). doi:10.1515/abcsj-2014-0030.
^Claude Bouchard (16 Februari 2016). "Jugement No. 200-17-018455-139"(PDF) (dalam bahasa Perancis). Cour supérieure du Québec. m/s. 16. Dicapai pada 17 Februari 2016 – melalui Le Devoir.
Benoit, Paul (2002), "The Crown and the Constitution"(PDF), Canadian Parliamentary Review, Ottawa: Commonwealth Parliamentary Association, 25 (2), dicapai pada 21 Mei 2009
Trepanier, Peter (2004), "Some Visual Aspects of the Monarchical Tradition"(PDF), Canadian Parliamentary Review, Ottawa: Persatuan Parlimen Komanwel, 27 (2), diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 8 Mac 2010, dicapai pada 8 Oktober 2009Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)