Buku Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara ditulis oleh Ab. Aziz Yusof dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM71. Ia diterbitkan oleh Percetakan Universiti Utara Malaysia dengan nombor ISBN 978-967-5311, cetakan setebal 418 halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.
Ringkasan
Buku Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara ini merupakan buku kategori .
Buku berjudul Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara disediakan khusus selari dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Mentan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar agar memiliki kemahiran, keterampilan dan berdisiplin. Bagi menjayakannya sudah tentu peranan ini perlu dipikul oleh golongan pendidik, iaitu guru dan juga pensyarah. Mereka perlu menyediakan kurikulum pendidikan yang terbaik dalam usaha untuk membangunkan keterampilan pelajar yang juga merupakan modal insan utama negara.
Mereka perlu pastikan setiap usahawan, pengurus, pemimpin dan pentadbir yang dibangunkan perlu memiliki kelebihan daya saing, keterampilan diri dan kekuatan untuk memberi tambah nilai terhadap setiap aktiviti, proses dan pekerjaan yang bakal dilakukan. Usaha-usaha pembangunan yang dilakukan perlulah secara menyeluruh, iaitu meliputi keperluan jasmani, kognitif, emosi dan juga spiritual. Aspek-aspek ini perlu dibangunkan secara seimbang. Pendedahan dan penghayatan pelajar terhadap aspek-aspek ini bakal membolehkan mereka lebih berminat untuk belajar, lebih yakin dengan kerjaya yang bakal dipilih, lebih bersedia untuk mengambil faedah daripada peluang-peluang yang mendatang dan lebih bersedia melangkah keluar daripada sempadan negara untuk mencari kekayaan. Bagi mencapai matlamat PIPP, buku ini telah menyediakan ramuan asas bagi membolehkan golongan pendidik memupuk, membangunkan dan memastikan keterampilan pelajar terbina.