Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC; bahasa Perancis: Office des Nations unies contre la drogue et le crime) ialah sebuah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai Pejabat untuk Kawalan Dadah dan Pencegahan Jenayah dengan menggabungkan Program Kawalan Dadah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna.[1] Ia merupakan ahli Kumpulan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[2] dan dinamakan semula Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah pada tahun 2002.[3] Pada 2016–2017 ia mempunyai belanjawan dwitahunan beranggaran AS$700 juta.[4]