Pankek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.
Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih bagus. Bater pankek boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.[1]
Pankek bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan pankek selalu dimasak diatas kuali leper.
Jenis
Manisan
Pankek ini sering ditambah manisan seperti sirap, madu, coklat cair, susu sejat, mentega, buah-buahan, gula (dll).
Bukan manisan
Lempeng juga digunakan untuk hidangan bukan manisan. Di Jepun, Okonomiyaki merupakan sejenis pankek yang menggunakan kobis sebagai bahan utama. Bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging juga digunakan.
Variasi
Amerika
Di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), bater lempeng ditambah dengan serbuk penaik seperti soda bikarbonat.[2]
Eropah
Di England, pankek tidak sama seperti pankek Amerika, di mana bater orang Inggeris tidak menggunakan soda bikarbonat. Lempeng di Perancis, Belgium, Switzerland, dan Portugal, berbentuk nipis dan dipanggil crêpe.
Pankek orang Scotland adalah hampir sama seperti pankek Amerika, kerana ia ditambah dengan bahan penaik. Lempeng ini dipanggil Scotch pancakes, Scottish pancakes atau drop scones.
Asia
Di India, tepung beras yang direndam lama atau ditapaikan untuk ketika lama digunakan untuk memasak idli, apam atau thosai. Pankek di Indonesia menggunakan tepung beras untuk dijadikan kuih serabi.
Di dunia Arab, terdapat sejenis pankek berinti dipanggil Atayef atau ataif (kataif atau قطايف) yang disumbat dengan keju Nablusi (sebagai krim). Kacang badam atau kacang pistachio juga digunakan.
Australia dan New Zealand
Lempeng berbentuk kecil (ukuran diantara 75mm diameter) dikenali sebagai pikelets, menggunakan tepung naik sendiri. Pankek Amerika juga dimakan dirantau ini.
Afrika
Orang di Kenya, memakan pankek jenis Inggeris dan Crêpe. Di Afrika Selatan, dipanggil pannekoek.