Panggung Opera Sydney atau dalam bahasa Inggeris, Sydney Opera House terletak di bandar raya Sydney, New South Wales. Ia adalah salah satu reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Panggung opera ini juga terletak berdekatan dengan Jambatan Pelabuhan Sydney, kedua-dua bangunan ini mercu tanda negara Australia.
Bagi jutaan pelancong yang datang melawat setiap tahun, panggung opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuknya yang bersumberkan bentuk cangkerang laut. Selain dari objek pelancongan, panggung opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, opereta, balet dan lain-lain seni teater. Panggung opera ini dikelolakan oleh "Opera House Trust" dan juga residen tetap untuk Opera Australia, Sydney Theatre Company, dan juga Sydney Symphony Orchestra.
Reka bentuknya adalah berdasarkan kerja Jørn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada tahun 1957 yang kemudiannya membantu dalam pembinaan panggung opera ini.
Ava Hubble, The Strange Case of Eugene Goossens and Other Tales from The Opera House, Terbitan Collins Publications, Australia, 1988.
Duek-Cohen, Elias, Utzon and the Sydney Opera House, Terbitan Morgan Publications, Sydney, 1967-1998.
Stuber, Fritz, Sydney's Opera House - Not a World Heritage Item? - Open letter to the Hon. John W. Howard, Prime Minister, dalam: Australian Planner (Sydney), Vol. 35, No. 3, 1998 (m.s. 116); Architecture + Design (New Dehli), Vol. XV, No. 5, 1998 (pp.12-14); collage (Berne), No. 3, 1998, (m.s.33-34, 1 ill.).