Padang (kota)

Padang
Kota Padang
Transkripsi Lain
 • Jawiڤادڠ
Dari atas, mengikut arah jam:
Downtown Padang, Pelabuhan Teluk Bayur, Masjid Raya Sumatra Barat, Pantai Padang, dan Muzium Adityawarman.
Mohor rasmi Padang
Lokasi dalam Sumatera Barat
Lokasi dalam Sumatera Barat
Koordinat: 0°57′0″S 100°21′11″E / 0.95000°S 100.35306°E / -0.95000; 100.35306Koordinat: 0°57′0″S 100°21′11″E / 0.95000°S 100.35306°E / -0.95000; 100.35306
Negara Indonesia
Provinsi Sumatera Barat
Ditubuhkan7 Ogos 1669
Pentadbiran
 • Datuk bandarHendri Septa
Keluasan
 • Jumlah694.96 km2 (268.33 batu persegi)
Aras
0−1,853 m (0−6,079 ft)
Penduduk
 (2016)
 • Jumlah914,970[1]
 • Kepadatan1,438.98/km2 (3,726.9/batu persegi)
DemonimOrang Padang
Zon waktuUTC+7 (WIB)
Kod kawasan+62 751
IklimAf
Laman sesawangwww.padang.go.id

Padang ialah ibu kota dan bandar terbesar di Provinsi Sumatera Barat, Indonesia.[2] Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 833,562 orang pada Banci 2010[3] dan seramai 909,040 orang pada Banci 2020;[4] anggaran rasmi pada pertengahan 2023 ialah 942,938 orang - merangkumi 473,089 lelaki dan 469,849 perempuan.[5] Ia merupakan bandar ke-16 teramai penduduknya di Indonesia dan bandar teramai penduduknya di pesisir barat Sumatera.[6] Kawasan metropolitan Padang ialah kawasan metropolitan ketiga teramai penduduknya di Sumatera dengan jumlah penduduk melebihi 1.7 juta orang.[7] Padang dikenali ramai kerana budaya Minangkabau, masakan, dan pantai matahari terbenam.

Menurut sejarah, bandar ini telah menjadi pusat perdagangan sejak zaman prapenjajahan, dalam lada dan emas. Orang Belanda berhubung dengan bandar ini pada pertengahan abad ke-17 dan akhirnya membina kubu dan merampas kawalan ke atas bandar ini daripada Kerajaan Pagaruyung. Selama selama beberapa gangguan pemerintahan British, Padang kekal sebahagian daripada Hindia Timur Belanda sebagai salah satu bandar utamanya sehingga kemerdekaan Indonesia.[8] Pada 1906, Padang, bersama dengan Palembang, menjadi tempat berpenduduk pertama di Sumatera yang mencapai taraf bandar (gemeente).[9]

Sejarah

Pada abad ke–14 (1340-1375) Kota Padang dikenal sebagai kampung nelayan dengan sebutan Kampung Batung dengan sistem pemerintahan Nagari yang diperintah oleh Penghulu Delapan Suku. Diperkirakan kota ini pada awalnya berupa sebuah lapangan, dataran atau gurun[10] yang luas sehingga dinamakan Padang

Pada tahun 1667 VOC melalui penghulu terkemuka "Orang Kayo Kaciak" mendapat izin mendirikan Loji pertama. Daerah Batang Arau dijadikan sebagai daerah pelabuhan, yang merupakan titik awal pertumbuhan kota Padang. Kota Padang tidak hanya berfungsi sebagai kota pelabuhan tetapi juga kota perdagangan. Pelabuhan tersebut terkenal dengan nama Pelabuhan Muaro.

7 Ogos 1669, puncak pergolakan masyarakat Pauh dan Koto Tangah melawan Belanda dengan menguasai Loji-Loji Belanda di Muaro, Padang. Peristiwa tersebut diabadikan sebagai tahun lahir kota Padang.

31 Disember 1799, seluruh kekuasaan VOC diambil alih pemerintah Belanda dengan membentuk pemerintah kolonial dan Padang dijadikan pusat kedudukan Residen.

1 Mac 1906, lahir akta yang menetapkan Padang sebagai daerah Cremente (STAL 1906 No.151) yang sah mulai 1 April 1906. 9 Mac 1950, Padang dikembalikan kepada pemerintahan Republik Indonesia yang merupakan negara bagian melalui Surat Keputusan (SK) Presiden Republik Indonesia Syarikat (RIS), No.111 tanggal 9 Mac 1950.

15 Ogos 1950. SK. Gabenor Sumatra Tengah No. 65/GP-50, tanggal 15 Ogos 1950 menetapkan Pemerintahan Kota Padang sebagai suatu daerah autonomi sementara menunggu penetapannya sesuai Undang-undang (UU) No. 225 tahun 1948. Saat itu kota Padang diperluas, kewedanaan Padang dihapus dan urusannya pindah kepada Walikota Padang.

29 Mei 1958. SK. Gabenor Sumatra Barat No. 1/g/PD/1958, tanggal 29 Mai 1958 secara de facto menetapkan kota Padang menjadi ibukota Provinsi Sumatra Barat.

Tahun 1975 secara de jure, Padang menjadi ibukota Sumatra Barat, yang ditandai dengan keluarnya UU No.5 tahun 1974 tentang Pokok-Pokok Pemerintahan di Daerah, dengan Kotamadya Padang dijadikan daerah autonomi dan wilayah administratif yang dikepalai oleh seorang Walikota.

Geografi

Sungai di Padang

Kota Padang adalah ibukota provinsi Sumatra Barat yang terletak di pantai barat pulau Sumatra dan berada antara 0° 44' 00" dan 1° 08' 35" Lintang Selatan serta antara 100° 05' 05" dan 100° 34' 09" Bujur Timur. Menurut Peraturan Pemerintah No. 17 Tahun 1980, luas Kota Padang adalah 694,96 km2 atau setara dengan 1.65 % dari luas Provinsi Sumatra Barat. Kota Padang terdiri dari 11 kecamatan dengan kecamatan terluas adalah Kota Tangah yang mencapai 232,25 km2.

Dari keseluruhan luas Kota Padang sebagian besar atau 52.52 % berupa hutan yang dillindungi oleh pemerintah. Bangunan dan perkarangan adalah seluas 9.01 % atau 62.63 km2, sedangkan yang digunakan untuk lahan sawah seluas 7.52 % atau 52.25 km2.

Selain di daratan pulau Sumatra, Kota Padang memiliki 19 pulau dimana yang terbesar adalah Pulau Sikuai di Kecamatan Bungus Teluk Kabung seluas 38.6 km2, Pulau Toran di kecamatan Padang Selatan seluas 25 km2 dan Pulau Pisang Gadang seluas 21.12 km2 juga di kecamatan Padang Selatan.

Wilayah daratan Kota Padang yang ketinggiannya sangat berbeza, antara 0 - 1853 meter di atas permukaan laut dengan daerah tertinggi adalah Kecamatan Lubuk Kilangan. Kota Padang memiliki banyak sungai, iaitu 5 sungai besar dan 16 sungai kecil, dengan sungai terpanjang iaitu sungai Batang Kandis sepanjang 20 km.

Pada siang hari suhu kota berkisar antara 22 °C – 32 °C dan pada malam hari 21 °C – 27 °C. Curah hujan dan jumlah hari hujan relatif sedang iaitu rata-rata curah hujan sebulan ialah 148.0 mm dan jumlah hari hujan rata-rata 9.8 hari sebulan. Suhu udara maksimum mencapai 31.5 °C dan suhu udara minimum 22.1 °C. Kelembaban udara berkisar antara 77 - 88 %.

Angin berhembus dari arah barat dengan laju berkisar antara 10 dan 15 km/j. Sedangkan kecerahan cahaya matahari antara 30 - 81.

Topografi

Pada awalnya luas Kota Padang adalah 33 km2, yang terdiri dari 3 Kecamatan dan 13 buah Kampung, iaitu kecamatan Padang Barat, Padang Selatan dan Padang Timur. Dengan Undang-undang Nomor 5 Tahun 1979 dan Peraturan Pemerintah Nomor 17 Tahun 1980 tanggal 21 Mac 1980 wilayah Kota Padang menjadi 694,96 km2, yang terdiri dari 11 Kecamatan dan 193 Kelurahan. Dengan dicanangkannya pelaksanaan autonomi daerah sejak tanggal 1 Januari 2001, maka wilayah administratif Kota Padang dibagi dalam 11 kecamatan dan 103 kelurahan.

Tarikan pelancong

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Kota ini terkenal dengan masakan Padangnya, seperti rendang, soto dan sate Padang, dengan Restoran Padang banyak terdapat di seluruh kota besar di Indonesia.

Padang juga dikenal dengan legenda Siti Nurbaya dan Malin Kundangnya. Di bukit Muara, terdapat kubur Siti Nurbaya dengan sebuah jambatan yang juga bernama Siti Nurbaya, manakala di pantai Air Manis terdapat batu Malin Kundang. Lokasi ini agak ramai dikunjungi terutama dari petang hingga malam hari.

Di kota Padang terdapat Universiti Andalas, institut perguruan tinggi tertua di Indonesia di luar pulau Jawa. Ia terletak 15 km dari pusat kota. Kota ini juga merupakan pusat pelabuhan pantai barat pulau Sumatra dengan pelabuhan Teluk Bayur.

Beberapa jam dari pantai Padang ke arah Teluk Bayur terdapat pantai Carolina. Pada waktu petang pantainya kadang-kadang dilawati sekawanan ikan lumba-lumba yang menambah daya tarik pelancong.

Selain itu terdapat juga beberapa pulau berhampiran Padang yang boleh dilawati seperti Kepulauan Mentawai di mana terdapat sukan meluncur air.

Pautan luar

  • (Indonesia) Laman rasmi
  • (Inggeris)
    1. ^ Badan Pusat Statistik Kota Padang
    2. ^ Ashar, Faisal; Amaratunga, Dilanthi; Sridarran, Pournima; Haigh, Richard (2019). "Practices of Tsunami Evacuation Planning in Padang, Indonesia". Coastal Management. Elsevier. m/s. 399–433. doi:10.1016/b978-0-12-810473-6.00019-4. ISBN 9780128104736. S2CID 169801987. Padang is not only the capital city of the Western Sumatra Province of Indonesia, it is also the third-biggest city in that province.
    3. ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.
    4. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
    5. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 February 2024, Kota Padang Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.1371)
    6. ^ "Badan Pusat Statistik Kota Padang". padangkota.bps.go.id.
    7. ^ "Badan Pusat Statistik Provinsi Sumatera Barat". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2019.
    8. ^ "Indonesia: Surabaya And Padang". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016.
    9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gemeente
    10. ^ http://hdl.handle.net/1887.1/item:2314601

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!