Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) ialah sebuah orkestra Malaysia yang berpangkalan di Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur. Orkestra ini mengadakan konsert di seluruh Malaysia dan juga Singapura.
Diasaskan pada tahun 1997 di bawah kepimpinan pengarah muzik pertamanya, Kees Bakels, MPO mengadakan konsert sulungnya pada 17 Ogos 1998. Bakels berkhidmat selaku pengarah muzik MPO sehingga tahun 2005, dan kini memegang jawatan conductor laureate. Pada mulanya, Bakels hendak meletakkan jawatan terlebih dahulu, setelah James Judd dilantik sebagai pengarah muzik MPO yang seterusnya pada September 2003.[1] Bagaimanapun, pada April 2004, MPO membatalkan perjanjian bersama Judd tanpa penjelasan umum, maka Judd tidak pernah memegang jawatan pengarah muzik MPO.[2] Selepas itu, Matthias Bamert pula yang dinamakan sebagai pengarah muzik MPO pada November 2004[3], dan memegang jawatan tersebut mulai tahun 2005 hingga 2008. Kini, jawatan pengarah muzik disandang oleh Claus Peter Flor mulai musim 2008-2009, dengan kontrak permulaan selama tiga tahun.[4]
MPO telah membuat rakaman untuk label BIS, termasuk muzik Edouard Lalo.[5]
Senarai pengarah muzik
Rujukan
Pautan luar