Suku Motu merupakan salah satu suku asli Papua New Guinea yang bertempat mukim di kawasan bahagian selatan negara tersebut. Mereka mempunyai bahasa tersendiri yang bernama Bahasa Motu, yang termasuk didalam Bahasa-bahasa Austronesia. Bersama dengan suku Koitabu, mereka menguasai tanah di mana ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby, berdiri sekarang. Perkampungan suku Motu yang terbesar adalah Hanuabada, di bahagian barat laut dari Port Moresby.