Orang Indonesia di Malaysia terdiri daripada orang berketurunan Indonesia sepenuhnya atau sebahagian yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Orang Indonesia di Malaysia terdiri dari sebilangan besar buruh dan pekerja rumah tangga. Dianggarkan 83 peratus pekerja migran di Malaysia adalah orang Indonesia.[2]
Setakat Jun 2023, terdapat 450,000 pekerja Indonesia yang direkodkan di Malaysia. Walau bagaimanapun dalam rekod kedutaan besar Indonesia, seramai 1.5 juta orang pekerja Indonesia terdapat di Malaysia.[3]
Setakat 11 Februari 2024, seramai 257,050 rakyat Indonesia layak sebagai pemilih dalam pilihan raya yang berada di Malaysia.[4]