Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat (lahir 23 Februari 1985) ialah seorang usahawan transgender wanita Malaysia yang berasal dari Perak. Sajat merupakan ikon yang penting dalam isu hak transgender serta LGBT di Malaysia secara am.[1][2][3]
Biografi
Pada tahun 2013, Sajat menyertai pertandingan kecantikan transgender di Thailand. Pada 2017, Sajat mengisytiharkan dirinya sebagai "perempuan sepenuhnya". Sajat menubuhkan syarikat kosmetik sendiri setelah memajukan barangan penjagaan kulit dan suplemen kesihatan serta produk korset yang berjenama Sajat.[1][2]
Pada January 2021, Sajat ditangkap dan didakwa “menghina Islam” kerana memakai pakaian wanita tradisional di sewaktu majlis keagamaan di premis sendiri pada tahun 2018. Sajat melarikan diri ke Thailand pada Februari 2021, tetapi kerajaan Malaysian memujuk pihak berkuasa Thai untuk menangkapnya. Sajat dibebaskan dengan ikat jamin lalu berpindah ke Australia, di mana dia diberi suaka dan meneruskan perniagaannya.[1][4][2][3]