Nujum Pa' Blalang

Nujum Pa' Blalang
Poster asal "Nujum Pa' Blalang"
PengarahP. Ramlee
S. Sudarmaji (penolong pengarah)
Penulis
  • P. Ramlee
  • S. Sudarmaji (skrip)
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehP. Ramlee
Dibintangi
SinematografiA. Bakar Ali
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 26 Disember 1959 (1959-12-26)
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Nujum Pa' Blalang (kini dieja sebagai Nujum Pak Belalang) merupakan sebuah filem Melayu yang berunsur komedi diterbitkan pada 26 Disember 1959 di Singapura. Ia diarahkan dan dilakonkan oleh Tan Sri P. Ramlee. Filem ini berbaur cerita dongeng epik yang berlatar belakangkan budaya masyarakat Melayu lama. Filem ini turut memenangi "Filem Komedi Terbaik" di Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun.

Plot

Bermulanya seorang nujum

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff), seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang (P. Ramlee), yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok (M. Zain) dan Cik Kacong (M. Rafiee), di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa (S. Shamsuddin), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal (H. M. Busra) dan Jambul (Ali Fiji), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.

Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang lalu mengambil "geluk jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka adalah anak di luar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di dalam air tersebut tetapi tidak tahu di mana kedudukan lembu dan kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.

Pak Belalang Ahli Nujum Negara

Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan seluruh warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk satu peti syiling emas, rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah (Ahmad Nisfu). Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu (Malek Sutan Muda) menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak Belalang dan memenjarakan Penghulu.

Pak Belalang pulang dan melarikan diri dan atas cadangan Belalang bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut supaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan khabar tentang harta istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah ke "Gunung Cinerama" yang terletak di negara Jepun. Sultan terlihat bekalan yang dipegang Belalang dan menuduh Belalang menipu, sama seperti ayahnya. Belalang membuat dalih bahawa bekalan itu adalah untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan mahu menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu kedudukan harta istana itu yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri (Sa'amah), Perdana Menteri (Kemat Hassan) dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).

Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.

Cabaran Ahli Nujum Negara

Ketika Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan dan rakyat, Inang (Habsah Buang) telah meluru masuk ke balai penghadapan dalam keadaan menangis teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) telah rebah tidak sedarkan diri. Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan agar Nujum Pak Belalang dipanggil untuk memeriksa keadaan tuan puteri yang jatuh gering. Ketika Pak Belalang tiba di kamar peraduan puteri, beliau mendapati bahawa tuan puteri berpura-pura pengsan. Sebagai helah untuk mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa puteri telah dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus dilakukan oleh Pak Belalang seorang diri bersama puteri di dalam bilik tanpa orang lain.

Pak Belalang (P. Ramlee) bersama Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon).

Setelah semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin berjumpa dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan perkara tersebut berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal dan memberitahu Sultan bahawa cara untuk puteri berubat adalah dengan membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu berseorangan tanpa dikawal oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk berjumpa puteri tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah "berubat" pada malam itu.

Setelah lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk menyambungkan perbincangan dengan penghulu yang tergendala hari sebelumnya. Ketika dalam perbincangan, mereka terdengar berdas-das tembakan meriam. Kemudian dikhabarkan bahawa kapal dari Masai telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan kedatangan mereka dan mengatakan sediakan bala tentera. Sekiranya rombongan dari Masai ingin berperang, mereka akan diserang oleh tentera Beringin Rendang. Sekiranya mereka datang dengan aman, kedatangan mereka akan dialu-alukan.

Pertaruhan Dua Sultan

Mereka melihat rombongan Sultan Masai (Shariff Dol) adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.

Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan:

  • "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkalnya?"
  • "Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?"
  • "Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"
  • "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"

Setelah mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan sanggup mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau yang sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh Belalang mencari perahu untuk melarikan diri sementara dia mengemas barang keperluan. Di kuala, Belalang cuba mengambil perahu Sultan Masai tetapi ketika ingin menolak perahu itu, rombongan Sultan Masai tiba. Belalang memasuki perahu itu dan bersembunyi di bawah tempat duduk dan belayar bersama rombongan itu untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai memujuk ahli nujumnya untuk memberitahu jawapan teka-teki dan walaupun baginda melarang semua anak kapal yang mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telah didengar oleh Belalang. Belalang berenang pulang dan memberitahu bapanya semua jawapan yang didengarnya.

Pada hari yang ditetapkan, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:

  • "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkalnya?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".
  • Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?
Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.
  • Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?
Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.
  • Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan nama Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah', 'بواه'.

Tuah Pak Belalang

Dengan negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati kerana mengesyaki ahli nujumnya (Udo Omar) berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan merungut sambil memanggil nama "Belalang" dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak Belalang itu betul kerana yang digenggamnya adalah seekor belalang. Maka, dengan itu, Beringin Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.

Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan) dan mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya. Kemudian dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai akan muncul dan memulangkan puteri lalu meminta untuk dikembalikan negara serta mengahwini puteri itu.

Mereka kemudian bersembunyi di Gua Bukit Tunggal sementara Badan dan Nyawa menculik puteri. Setelah itu, seperti yang dijangka, Sultan Shahrul Nizam mengumumkan yang baginda memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu. Mujur, Perdana Menteri sempat mengingatkan Sultan bahawa mereka sudah mempunyai Ahli Nujum Negara. Lalu, Pak Belalang dipanggil mengadap Sultan dan dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa tempat puteri disembunyikan atau dia akan dihukum pancung. Semangkuk air disediakan dan seperti biasa, Pak Belalang tidak tahu apa hendak buat dan berlakon seolah-olah berjampi. Tiba-tiba, secara ajaib, muncul dari dalam air bayangan puteri yang diikat oleh Sultan Masai, penculik Badan dan Nyawa serta pengikut baginda. Ketika Sultan menanyakan tempat persembunyian itu, Pak Belalang telah hilang.

Mereka semua menuju ke Gua Bukit Tunggal dan menumpaskan kumpulan itu. Penculik Badan dan Nyawa dijatuhkan hukuman pancung manakala Sultan Negeri Masai dan pengikutnya dihukum penjara seumur hidup. Pak Belalang yang berpelukan dengan Puteri Si Bujur Sirih dilihat oleh Sultan lalu baginda 'menghukum' mereka untuk berkahwin. Sebelum tamat, muncul Belalang mengatakan dia akan tidur situ kerana dirungutnya bapanya tak mahu memperbesarkan rumah dan dia tiada tempat tidur (mengetahui dia akan mendapat 'ibu baru').

Barisan pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Pelakon tambahan

  • Mahmud Hitam sebagai Penduduk kampung yang memberi upah tebu kepada Belalang
  • A. Galak sebagai Penduduk Kampung

Runut

  • "Nujum Pa' Blalang" nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • "Kami Penyamun" nyanyian Datuk Aziz Sattar & S. Shamsuddin
  • "Ketipang Payung" nyanyian oleh Puan Sri Saloma
  • "Kalau Kaca Menjadi Intan" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Hashimah Yon

Rujukan

Pautan luar

Read other articles:

閨蜜[1]Girls[1]基本资料导演黃真真[1]监制周銘制片林朝阳、李岳鸿、林勝國编剧黃真真燕杰[1]主演陳意涵薛凱琪楊子姍[1]主題曲《一起老去》 薛凱琪、楊子姍、陳意涵片尾曲《Forever》 吳建豪剪辑鄺志良、李嘉荣片长118分鐘产地 香港 中国大陆语言漢語上映及发行上映日期 2014年7月30日 (2014-07-30)(中國大陸) 2014年8月1日 (2014-08-01)(臺灣)...

 

2011 studio album by Shannon NollA Million SunsStudio album by Shannon NollReleased14 October 2011 (Australia)Recorded2011GenrePop rockLength43:53LabelUniversal Music AustraliaShannon Noll chronology What Matters the Most(2009) A Million Suns(2011) Unbroken(2018) Singles from A Million Suns Switch Me OnReleased: August 2011 My Place in the LineReleased: October 2011 Living in StereoReleased: April 2012 RewindReleased: 2012 A Million Suns is the fourth studio album from Australian sing...

 

《福布斯》杂志标识 2019年福布斯中國名人榜榜單(英語:Forbes China Celebrity 100)是《福布斯》雜誌中文版在2019年8月20日揭曉。此次最终成榜名单中,来自大陆地区与港澳台地区的上榜名人数量分别为86人和14人,占比差异明显,吴京登顶榜单榜首[1]。 评选流程 商业价值是对名人在过去一年的工作内容和数量等情况,做出直观体现。作品表现及名人个人在其领域内的正...

1912 film Saved from the TitanicRetinted 1912 advertisement of filmDirected byÉtienne ArnaudStarring Dorothy Gibson Alec B. Francis Julia Stuart John G. Adolfi Distributed byEclair Film CompanyRelease dateMay 16, 1912 (1912-05-16)Running time10 min. (300 m)CountryUnited StatesLanguageSilent (English Intertitles) Saved from the Titanic was a 1912 American silent short film starring Dorothy Gibson, an American film actress who survived the sinking of the RMS Titanic on April 15,...

 

American television reporter and correspondent For other people named Edward Henry, see Edward Henry (disambiguation). Ed HenryEd Henry (third from right, grey suit, striped tie) at President Barack Obama's White House press conference on November 3, 2010BornEdward Henry (1971-07-20) July 20, 1971 (age 52)New York City, New York, USEducationSiena CollegeOccupationTelevision reporterYears active2004–presentSpouseShirley Hung Edward Michael Henry Jr. (born July 20, 1971)[1] ...

 

Latvian ice hockey player Ice hockey player Māris Bičevskis Born (1991-08-03) August 3, 1991 (age 32)Riga, LatviaHeight 5 ft 11 in (180 cm)Weight 174 lb (79 kg; 12 st 6 lb)Position ForwardShoots LeftELH teamFormer teams BK Mladá BoleslavSK LSPA/RigaDinamo RigaHK LiepājaMountfield HKNational team  LatviaNHL Draft UndraftedPlaying career 2009–present Māris Bičevskis (born August 3, 1991) is a Latvian professional ice hockey player for BK ...

Saint-Roch, Paris, Rue Saint-Honoré Die Pfarrkirche Saint-Roch (Église Saint-Roch) steht in der Rue Saint-Honoré Nr. 284, im 1. Arrondissement im Stadtzentrum von Paris. Sie ist dem heiligen Rochus von Montpellier geweiht. Mit einer Länge von 126 m ist sie eine der größten Kirchen von Paris. Inhaltsverzeichnis 1 Geschichte 1.1 Gründung und Erweiterungen 1.2 Zeit der Französischen Revolution 2 Kunstwerke und berühmte Bestattete 3 Orgel 3.1 Disposition 3.2 Titularorganisten 4 Literatur...

 

Joint operation by the US Navy and the South Vietnamese Navy Operation Game WardenUSS Harnett County (AGP-821) part of Task Force 116DateDecember 18, 1965 – March 1973LocationMekong Delta, South VietnamResult American/South Vietnamese operational success South Vietnam's extensive inland waterways secured Viet Cong redirected their watercraft to smaller rivers and canals[1]Belligerents  United States South Vietnam Viet CongCommanders and leaders William Westmoreland David L...

 

Belgian fashion designer This article is about the fashion designer Martin Margiela. For the fashion house, see Maison Margiela. Martin MargielaBorn (1957-04-09) 9 April 1957 (age 66)Genk, Limburg, BelgiumAlma materRoyal Academy of Fine Arts (Antwerp)OccupationsFashion designerartistYears active1979-presentLabels Jean Paul Gaultier(1984-1987) Maison Margiela(1988-2009) Hermès(1997-2003) Martin Margiela (born 9 April 1957) is a Belgian fashion designer, artist, and foun...

Ворота зі знаком «приватна власність» Приватна власність — одна з форм власності, яку розуміють як абсолютне, захищене законом право фізичної або юридичної особи, чи групи осіб на об'єкт власності: продукти праці, засоби виробництва, гроші та цінні папери, інше рухоме ...

 

Simfoni Luar Biasaposter filmSutradara Awi Suryadi Produser Delon Tio Ditulis oleh Maggie Tiojakin Awi Suryadi SkenarioMaggie Tiojakin Awi SuryadiCeritaDelon TioPemeranChristian BautistaIra WibowoIra Maya SophaMaribethValerie ThomasVerdi SolaimanGista PutriStanly SaklilVicky PutraDistributorNation Pictures & PrimetimeTanggal rilis29 September 2011Durasi100 menitNegara IndonesiaBahasa Indonesia Simfoni Luar Biasa merupakan film drama Indonesia yang dirilis pada 29 September 2011 yang disut...

 

French colony in West Africa (1919-58); now Burkina Faso This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: French Upper Volta – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2017) (Learn how and when to remove this template message) Upper VoltaHaute-VoltaConstituent of French West Africa1919–19321947...

You can help expand this article with text translated from the corresponding article in French. (July 2016) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the French article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machine-translated text into the English Wikipedia...

 

Este artículo o sección necesita referencias que aparezcan en una publicación acreditada.Este aviso fue puesto el 17 de noviembre de 2013. Ken Griffey, Jr. Griffey con los Seattle Mariners en 2009Datos personalesApodo(s) KidNacimiento Atlanta, Pensilvania, Estadounidense21 de noviembre de 1969 (54 años)Nacionalidad(es) EstadounidenseCarrera deportivaDeporte BéisbolClub profesionalDebut deportivo 3 de abril de 1989(Seattle Mariners)Prom. Bateo .284Jonrones 630Impulsadas 1,836Posició...

 

American basketball player Cleo LittletonLittleton with the Wichita Vickers.Personal informationBorn (1932-12-31) December 31, 1932 (age 90)Rentiesville, OklahomaNationalityAmericanListed height6 ft 3 in (1.91 m)Career informationHigh schoolWichita East (Wichita, Kansas)CollegeWichita State (1951–1955)NBA draft1955: 5th round, 38th overall pickSelected by the Fort Wayne PistonsPositionForwardCareer highlights and awards 2× AP Honorable mention All-American (1954–1955)...

Philip and his mother Philip de' Medici (20 May 1577 – 29 March 1582) was the youngest child of Francesco I de' Medici and Joanna of Austria. He was the heir to the Tuscan throne. Life Philip received his name in honour of the King Philip II of Spain. The birth was celebrated with great joy by all the court, because thus was secured the succession of the Grand Duchy for another generation and eliminated all the hopes of Bianca Cappello (his father's mistress) to have her son Antonio bec...

 

Island in Cairo, Egypt For other locations bearing similar names, see Rawda. Roda IslandNative name: جزيرة الروضةNile branch between Roda Island and Old CairoOpenStreetMap rendering of Roda IslandGeographyLocationNile River, CairoCoordinates30°01′15″N 31°13′32″E / 30.02083°N 31.22556°E / 30.02083; 31.22556Administration Egypt Roda Island (or Rawdah Island, Arabic: جزيرة الروضة, Jazīrat ar-Rawdah  [ɡɪˈziːɾɪt eɾˈɾ...

 

British video game magazine This article is about the UK video games magazine. For the Swedish gaming magazine, see Super Play (Sweden). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Super Play – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (September 2018) (Learn how and when to remove this template messag...

Hungarian sportsman The native form of this personal name is Omoroviczai Heinrich Tibor. This article uses Western name order when mentioning individuals. Tibor Heinrich von OmoroviczaPersonal informationNationalityHungarianBorn(1898-11-03)3 November 1898Budapest, HungaryDied24 November 1953(1953-11-24) (aged 55)Lienz, AustriaSailing careerClass6 MetreClubBKE, Budapest (HUN) / KMYC, (HUN) Competition record Sailing Representing  Hungary Olympic Games 1928 Amsterdam 6 ...

 

2010 EP by Matt CorbyTransition to ColourEP by Matt CorbyReleasedOctober 2010 (2010-10)Recorded2010Studio2kHz Studios, London, Dragonfly Studios, MelbourneLabelCommunion Music , Universal Music AustraliaProducerIan Grimble, Dann HumeMatt Corby chronology My False(2010) Transition to Colour(2010) Into the Flame(2011) Singles from Transition to Colour Made of StoneReleased: 2010[1] Transition to Colour is the third EP by Australian musician Matt Corby. It was recorded ...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!