Nina Jacobson (lahir 30 November 1965[2]) merupakan seorang eksekutif filem Amerika Syarikat, yang memegang jawatan presiden Buena Vista Motion Pictures Group, anak syarikat The Walt Disney Company sehingga Julai 2006.[3] Bersama Dawn Steel, Gail Berman dan Sherry Lansing, beliau ialah salah seorang yang terakhir dari beberapa wanita untuk mengetuai sebuah studio filem Hollywood sejak 1980-an. Jacobson menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri yang dikenali sebagai Color Force pada 2007, dan merupakan penerbit siri filem The Hunger Games.
Kehidupan peribadi
Pada Jun 2016, Human Rights Campaign mengeluarkan sebuah video bagi memberi penghormatan kepada mangsa insiden tembakan kelab malam gay Orlando pada 2016; di dalam video tersebut, Jacobson dan yang lain menceritakan tentang mereka yang terbunuh dalam insiden itu.[4][5]
Pada 1995, beliau dan penerbit American BeautyBruce Cohen telah menubuhkan Out There, sekumpulan aktivis industri hiburan gay dan lesbian.[6]
Rujukan
^"Yahoo Movies biography". Movies.yahoo.com. April 20, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-16. Dicapai pada November 2, 2013.
^"Disney bio"(PDF). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada November 4, 2013. Dicapai pada November 2, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)