Dalam dunia berbahasa Inggeris, perkataan negro (atau kadang kala negress untuk perempuan) ialah sebuah istilah yang secara sejarahnya digunakan untuk menunjukkan seseorang yang dianggap berketurunan orang berkulit gelap Afrika. Perkataan negro bermaksud warna hitam dalam bahasa Sepanyol dan Portugis (dari Latinniger), di mana bahasa Inggeris mengambil daripadanya.[1] Istilah ini boleh menjurus kepada maksud menyakiti, atau tidak menyakiti, atau berkecuali sepenuhnya, bergantung kepada kawasan atau negara yang menggunakannya, dan juga konteks yang digunakan. Ia juga mempunyai perkataan sama yang pelbagai bentuk dalam bahasa-bahasa Eropah yang lain.