Nature (Hangul: 네이처: digayakan sebagai NATURE) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh n.CH Entertainment pada tahun 2018.[1] Kumpulan ini terdiri daripada sembilan orang ahli: Sohee, Saebom, Aurora, Lu, Chaebin, Haru, Loha, Uchae dan Sunshine. Ahli asalnya, Yeolmae meninggalkan kumpulan ini sebelum debut pada Ogos 2018 dan Gaga meninggalkan kumpulan ini pada Oktober 2019; masing-masing digantikan oleh Loha pada November 2018 dan Sohee pada Oktober 2019. Kumpulan ini debut pada 30 Jun 2018 dengan album single pertama mereka Girls and Flowers.
[2] Kumpulan ini secara rasmi dibubarkan pada 27 April 2024.[3]
Sejarah
Pada bulan Jun 2018, n.CH Entertainment, syarikat pengeluar & bakat Korea Selatan yang diasaskan & diketuai oleh bekas eksekutif SM Entertainment Jung Chang-hwan, mengumumkan bahawa ia akan mendebutkan kumpulan wanita sendiri, NATURE, pada bulan Ogos.[4]
2018: Debut dengan Girls and Flowers, Loha menyertai kumpulan & Some & Love
Nature membuat debut mereka pada 3 Ogos dengan album single pertama mereka Girls and Flowers dengan single utama "Allegro Cantabile".[5][6] Video muzik itu menampilkan 9 orang ahli, termasuk bekas ahli Yeolmae, yang meninggalkan kumpulan ini sebelum debut. Lagu-lagu tersebut dirakam semula untuk hanya menampilkan 8 orang ahli semasa dan video muzik itu disusun semula untuk hanya merangkumi close up ahli semasa dan Yeolmae hanya hadir di segmen koreografi. Single utama "Allegro Cantabile" adalah pembuatan semula lagu pembukaan untuk Nodame Cantabile, anime popular yang sebelum ini dirakam oleh Suemitsu & the Suemith.[7] Kumpulan ini telah menyanyikan lagu melalui persembahan busking, serta pada pelbagai program muzik, termasuk MBC TV, Music Bank (rancangan TV), Inkigayo, Arirang TV dan Mnet di mana mereka kerap mempersembahkan lagu tersebut sejak 4 Ogos.[8] Pada 24 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan Latihan Tarian "Allegro Cantabile".[9]
Nature memenangi anugerah pertama mereka "New Artist of the Year", pada 30 Ogos, di Soribada Best K Music Awards.[10][11] Pada 3 September, sebulan selepas pengeluaran album, kumpulan ini mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahwa Video Muzik "Allegro Cantabile" telah mencapai lebih dari pada 2 juta tontonan di Youtube.[12]
Menjelang akhir bulan Ogos, kumpulan ini memulakan satu projek istimewa yang dipanggil "Pop Cover Project", di mana mereka mengcover lagu-lagu popular & melakukan sambil menari. Projek ini mempunyai 5 buah cover. Video pertama dikeluarkan pada 28 Ogos. Ia adalah cover lagu "Walk Like An Egyptian" oleh The Bangles. [13] Video kedua dikeluarkan pada 8 September. Ia adalah cover lagu "My Sharona" oleh The Knack,[14] Video ketiga dikeluarkan pada 13 September. Ia adalah cover lagu "Shut Up & Let Me Go" oleh The Ting Tings,[15] Video keempat dikeluarkan pada 17 September. Ia adalah cover lagu "Rhythm Nation" oleh Janet Jackson,[16] Video terakhir dikeluarkan pada 20 September. Ia adalah cover lagu "Kiss" oleh Prince. [17]
Pada 4 November, ahli baru Loha diperkenalkan sebagai sebahagian dari pada kumpulan melalui V Live.[18] Keesokan harinya, kumpulan ini mula mengusik album single kedua mereka yang akan datang Some & Love, yang dijadualkan dikeluarkan pada 22 November.[19]. Pada 22 November, album single kedua mereka dengan single utama, "Some (You'll Be Mine)" dikeluarkan. [20] Diikuti Versi Persembahan mereka, video muzik itu dikeluarkan pada 3 Disember.[21]
2019–2020: I'm So Pretty, perubahan barisan, Nature World: Code A, debut Jepun dan Nature World: Code M
Pada 15 Januari, Nature telah mengeluarkan video muzik untuk lagu "Dream About You" daripada single kedua mereka sebelum ini Some & Love.[22] Video muzik ini memaparkan mereka sedang memakai baju tidur dalam persekitaran seperti mimpi dania menandakan kali pertama kumpulan ini memasukkan objek ke dalam koreografi mereka, yang merupakan tongkat bintang 'ajaib'. Versi Persembahan bagi video muzik ini telah dikeluarkan pada 25 Januari.[23]
Pada 24 Jun, telah disahkan bahawa Nature akan membuat comeback mereka pada 10 Julai dengan album mini pertama mereka I'm So Pretty. Gaga tidak terlibat kerana dia sedang hiatus untuk fokus pada pelajarannya.[24] Video muzik untuk I'm So Pretty dikeluarkan pada 10 Julai 2019. Video muzik untuk Versi Persembahan telah dikeluarkan pada 24 Julai.[25]
Pada 8 Oktober, bekas peserta Produce 101 dan penyanyi solo Kim So-hee telah diperkenalkan sebagai ahli baharu selepas menandatangani kontrak dengan n.Ch Entertainment dan juga disahkan Gaga telah meninggalkan kumpulan ini untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya.[26] n.CH Entertainment juga mengesahkan bahawa kumpulan itu sedang bersedia untuk comeback pada bulan November.[27] Ia kemudiannya disahkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback mereka pada 12 November dengan album mini kedua mereka Nature World: Code A. Aurora tidak terlibat kerana penyertaannya dalam rancangan realiti Cina Idol Producer (season 3).[28] Video muzik untuk Oopsie (My Bad) dikeluarkan pada 12 November.[29]
Nature menandatangani kontrak dengan Pony Canyon dan memulakan kerjaya di Jepun pada 12 Februari 2020 dengan versi bahasa Jepun untuk single mereka "I'm So Pretty".[30]
Pada 1 Jun, kumpulan ini disahkan akan membuat comeback pada 17 Jun dengan album single ketiga mereka Nature World: Code M dengan kekal tujuh orang ahli kumpulan ini,[31] kerana Loha sedang hiatus atas sebab kesihatan dan Aurora masih berada di China.[32] Pada 15 Jun, sebelum pelancaran album single, telah diumumkan bahawa Sunshine tidak akan menyertai promosi akan datang kerana mengalami kecederaan kaki dan kumpulan ini akan terus mempromosikan sebagai kumpulan enam orang ahli.[33] Pada 17 Jun, Sunshine menghadiri showcase album single itu.[34]
Pada 13 Januari 2022, melalui siri mockumentary mereka, NATURE Can't Go Down Like This, telah mendedahkan proses pengeluaran album istimewa mereka yang akan datang "Rica Rica" yang akan dikeluarkan pada 24 Januari, yang menandakan album pertama mereka, dikeluarkan dalam tempoh setahun enam bulan.[35] Ahli Sunshine tidak mengambil bahagian kerana dia masih dalam hiatus.
Pada 17 Oktober, n.CH mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengeluarkan album mini ketiga mereka bertajuk Nature World: Code W pada 2 November.[36] Pada 31 Oktober, n.CH mengumumkan mini album itu akan ditangguhkan ke 6 November kerana berikutan insiden daripada rempuhan Halloween di Itaewon.[37] Album mini ketiga dikeluarkan secara rasmi pada 6 November, dengan terdiri daripada lima buah lagu termasuk single utama "Limbo" dan single "Rica Rica" yang dikeluarkan sebelum ini.[38] Ahli Lu tidak akan mengambil bahagian dalam promosi kerana masalah kesihatan, manakala ahli Sunshine masih dalam masa hiatus.[39]
Pada Disember 2023, kontrak mereka dengan label Jepun PonyCanyon telah ditamatkan, dengan tapak web Jepun dan perkhidmatan mel turut ditamatkan.[40] Laman web dan perkhidmatan mel Jepun ditutup pada 27 Disember 2023.[41] Nature rasmi dibubarkan pada 27 April 2024.[3]
^ abHeo, Ji-hyung. "네이처, 데뷔 6주년 앞두고 해체 '각자의 길을 가기로'" [Nature disbands ahead of sixth anniversary of debut: “We decided to go our separate ways”]. 셀럽미디어 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2024-04-27.