Nabil Bentaleb (lahir 24 November 1994) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Newcastle United secara pinjaman dari FC Schalke 04 dan pasukan kebangsaan Algeria.
Karier kelab
Karier awal
Dilahirkan di Lille kepada ibu bapa dari Algeria,[4] Bentaleb memulakan kariernya di akademi pasukan tempatan, Lille.[5] Walau bagaimapun dia dikeluarkan daripada akademi ketika berumur 15 tahun dan kemudiannya ke Belgium untuk bermain bersama Mouscron. Bentaleb kemudiannya pergi menjalani ujian percubaan dengan Birmingham City sebelum menandatanganiu dengan akademi Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2012. Ketika musim 2012–13 Bentaleb berjaya masuk ke pasukan bawah-21 di Tottenham dan menjaringkan empat gol dalam empat belas perlawanan, termasuk gol kemenangan ketika menentang akademi Arsenal.[6] Aksinya yang cemerlang membolehkannya mendapat kontrak baru empat tahun di Tottenham Hotspur sehingga tahun 2018.[6]
Tottenham Hotspur
Pada 22 Disember 2013, Bentaleb dipilih ke dalam skuad utama 18 pemain Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana menentang Southampton.[7] Dia membuat penampilan profesional yang pertamanya dalam perlawanan itu selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 50 menggantikan Mousa Dembélé, Tottenham menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[7] Dia bermula dalam kesebelasan utama buat kali pertama ketika Derby London Utara menentang Arsenal dalam perlawanan Piala FA pada 4 Januari. Dia kemudiannya bermain menentang Crystal Palace, dimana dia menang anugerah pemain terbaik perlawanan dan Swansea, dimana dia sekali lagi beraksi cemerlang. Pada 20 Februari 2014, dia bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Liga Europa menentang Dnipro.
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Bentaleb, Nabil
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak
|
Tarikh kelahiran
|
24 November 1994
|
Tempat kelahiran
|
Lille, Perancis
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|