Naan Ee (Bahasa Melayu :Saya Seekor Lalat ; Inggeris: I am a Fly ; Tamil:நான் ஈ) merupakan filem Tamil 2012 yang ditulis dan diarahkan oleh SS Rajamouli. Filem ini dibintangi oleh Nani,Sudeep, Samantha , Devadarshini, Adithya dan Santhanam. Filem ini juga ditayangkan dalam Bahasa Telugu sebagai Eega dengan barisan pelakon yang sama.Kisah ini ialah tentang bagaimana seorang lelaki muda, selepas dibunuh dengan kejam, menjelma semula sebagai lalat dan berusaha untuk membalas dendam pembunuhnya.
Filem ini ditayangkan di seluruh dunia pada 6 Julai 2012, dengan ulasan yang sangat positif, serta berjaya dari segi komersial. Kesan Visual bagi filem telah diselia oleh Rahul Venugopal, Adel Adili dan Pete Draper. Setelah ditayangkan ia menerima ulasan yang hangat hangat dari para pengkritik[3] Kejayaan filem ini dianggap satu kejayaan yang luar biasa dan hangat.[4]Filem ini juga telah mendapat tempat dalam filem tamil yang mendapat kutipan tertinggi di di pasaran luar negara.[5]
Plot
Nani (Nani) adalah seorang lelaki muda yang pakar dalam membuat bunga api. Dia tinggal di rumah yang bertentangan dengan seorang artis mikro, Bindu (Samantha ), yang juga mengendalikan sebuah NGO, Projek 511.Nani dalam cinta dengan Bindu selama dua tahun dan sentiasa menonjolkan perasanya pada Bindu. Bindu juga menyukainya tetapi suka menyembunyikan perasaanya dari Nani.
Sudeep (Sudeep) seorang jutawan yang kaki perempuan dan dia sanggup membunuh isteri sendiri untuk duit.Satu hari, Bindu pergi ke pejabat Sudeep untuk meminta derma. Sudeep pada mulanya menyuruh pembantunya menghalunya tetapi mengubah rancangan apabila melihat Bindu yang cantik.Bindu, tidak mengetahui niat sebenar Sudeep, memasuki pejabatnya untuk menerangkan tentang NGO-nya. Sudeep menderma sebanyak INR 15 lakhs.
Di restoran, Bindu melihat Nani dan rakan-rakan beliau memasang bunga api di di seberang kolam renang. Sudeep sedar bahawa Bindu terus merenung Nani dan menjadi cemburu. Pada malam itu, Bindu berkerja lewat dan dia memerlukan pengiring untuk pulang ke rumah, jadi dia memanggil Nani unuk datang ke pejabat beliau dan menemaninya berjalan ke rumahnya.Pada ketika ini, Nani memberikan Bindu idea untuk membantu menyelesaikan kalung yang Bindu sedang buat dan Bindu akhirnya bersedia untuk mengaku cintanya pada Nani.Tetapi, Nani diculik oleh Sudeep pada malam tersebut.
Sudeep memberitahu Nani bahawa dia mencintai Bindu. Nani memberitahu Sudeep supaya jangan menghampiri Bindu. Sudeep yang marah membunuh Nani.
Kemudian, Nani menjelma semula sebagai Lalat. Kemudian, plot cerita menunjukan langkah-langkah yang diambil oleh Nani untuk membalas dedamnya pada Sudeep.
Runut bunyi bagi filem ini telah digubah oleh Maragadhamani (juga dikenali sebagai MM Keeravani). Majlis pelancaran audio diadakan pada 1 April di Pawagam Sathyam. Muzik telah dilancarkan oleh Surya , Karthi , N. Linguswamy dan Bala
Ranjith, Deepu, Rahul Sipligunj, Sravana Bhargavi, Chaitra H. G.
Pujian Pengkritik
Behindwoods memberi 3/5 markah.
Tayangan
Filem ini pada mulanya dirancang untuk ditayangkan pada Mei 2012 tetapi ditangguhkan . Ia ditayangkan secara serentak di seluruh dunia pada 6 July 2012.Hak pengedaran telah dijual untuk AS $ 6430000.
Sambutan dan Box Office
Naan Ee dibuka kepada ulasan yang sangat positif.Di hujung minggu pertama tayanganya, Naan Ee mendapat kutipan kasar sebanyak INR 4 Crores di Tamil Nadu .Secara keseluruhannya, kutipan kasar seluruh dunia bagi filem ini pada September 2012 ialah INR 125 crores .