My Next Life as a Villainess: All Routes Lead to Doom! (Hidup Seterusnya Saya sebagai seorang Penjahat Perempuan: Semua Jalan Membawa Malapetaka!) (Jepun: 乙女ゲームの破滅フラグしかない悪役令嬢に転生してしまった…code: ja is deprecated , Hepburn: Otome Gēmu no Hametsu Furagu Shika Nai Akuyaku Reijō ni Tensei Shite Shimatta…, "Saya Menjelma Semula ke dalam sebuah Permainan Otome sebagai seorang Penjahat Perempuan Dengan Hanya Panji Kemusnahan…"), juga dikenali secara ringkas sebagai HameFura (はめふらcode: ja is deprecated ), merupakan sebuah siri novel ringanJepun yang ditulis oleh Satoru Yamaguchi dan diillustrasikan oleh Nami Hidaka. Ia mula disirikan di atas talian pada Julai 2014 di laman sesawang penerbitan novel dijana pengguna Shōsetsuka ni Narō. Hak penerbitan novel tersebut diperolehi Ichijinsha, yang menerbitkan jilid novel ringan pertama pada Ogos 2015 di bawah imprin Ichijinsha Bunko Iris. Sebelas jilid novel ini telah dikeluarkan setakat Ogos 2021.
Premis
Catarina Claes merupakan Watak Penjahat Perempuan utama dalam permainan Otome – Fortune Lover (Kekasih Nasib), yang ditakdirkan untuk sama ada dibuang negeri atau dibunuh, tidak kira apa jua jalan yang dipilih pemain. Dalam dunia permainan itu, dia merupakan anak perempuan sebuah keluarga bangsawan. Pada suatu hari masa kecil, dia terhantuk kepalanya dan ingat semula hidup lepasnya sebagai seorang gadis otaku. Ketika itu barulah dia sedar bahawa dia telah dilahirkan semula ke dalam dunia permainan Fortune Lover sebagai watak penjahat itu. Untuk elakkan dirinya daripada ditimpa malapetaka, Catarina mula mengambil langkah balas. Tindakannya ini walau bagaimanapun mendatangkan akibat yang tidak diduga kepada hubungan dia dan watak-watak lain dalam dunia permainan itu.