Mukim Hulu Selama merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.
Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Mukim Hulu Selama terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Sungai Bayor,Kampung Padang Kering, Kampung Sungai Siputeh,Kampung Telok Mas,Kampung tapah.Kampung- kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani yang dibuka oleh keluarga Panglima Wan Abdul Jamal (Tok Mat Sheik).Beliau merupakan salah seorang hulubalang dari Kesultanan Melayu Pattani Darulsalam(Selatan Thailand) yang memimpin penghijrahan orang Melayu-Pattani yang melarikan diri dari penindasan tentera Siam selepas Pattani kalah dalam Perang Pattani-Siam sekitar bulan Ogos 1786.Antara tempat menarik di sini ialah Lata Rambong. Di sini ada sebuah bangunan bersejarah,sebuah mahkamah Jepun yang belum dibongkar kerajaan..
Pentadbiran
Mukim Hulu Selama merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Selama.