Mufti Kerajaan Brunei merupakan jawatan ulama Islam paling kanan dan berpengaruh di Brunei. Penyandang jawatan ini dilantik oleh Sultan Brunei. Mufti Kerajaan mengetuai kesemua ulama di Brunei dan merupakan jawatan bertaraf Menteri.[1].
Peranan
Mufti Kerajaan merupakan penguasa agama paling kanan di negara berkenaan. Beliau memainkan peranan memberi pandangan dan fatwa dalam urusan undang-undang dan hal ehwal masyarakat berdasarkan sumber Islam iaitu al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias.[2]
Sejarah
Mufti Kerajaan Brunei yang pertama ialah Dr Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dari tahun 1962 hingga kematiannya pada 1994. Beliau merupakan ulama kelahiran Johor, Malaysia[3]. Pada 1994, timbalannya yang merupakan kelahiran Brunei, Dr Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dilantik menjadi Mufti Kerajaan Brunei. Beliau menyandang jawatan sehingga kini[4]
Rujukan