21 Oktober 1918 (dengan nama Taishō Marine and Fire Insurance Co.) Oktober 2001 (penggabungan Mitsui Marine & Fire Insurance Co. dan Sumitomo Marine & Fire Insurance)
Mitsui Sumitomo Insurance Group Holdings, Inc. (三井住友海上グループホールディングス株式会社code: ja is deprecated , Mitsui Sumitomo Kaijō Gurūpu Hōrudingusu Kabushiki-Kaisha) ialah sebuah syarikat induk insurans yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun.
MSIG dibentuk pada tahun 2001 melalui penggabungan Mitsui Marine & Fire Insurance Co. (asal-usulnya dari Taishō Marine and Fire Insurance Co. yang ditubuhkan pada tahun 1918) dan Sumitomo Marine & Fire Insurance. Pada tahun 2010, April Aioi Insurance Co., Ltd., Nissay Dowa General Insurance Co., Ltd., bergabung dengan MSIG, sehingga nama kumpulan ini diubah menjadi MS&AD Insurance Group Holdings, Inc.. MS&AD kini merupakan syarikat insurans terbesar di Jepun, dengan 33% bahagian pasaran dikuasai pada tahun 2013.[1]
Pada 8 September 2015, ia diumumkan bahawa MSIG telah bersetuju untuk membeli Amlin dari United Kingdom dengan harga £3,5 bilion.[2]