Orang-orang Rom tidak mempunyai kisah-kisah berurutan mengenai dewa-dewi mereka yang dapat dibandingkan dengan Perang Titan, atau penggodaanZeus oleh Hera, sehingga pemuisi-pemuisi mereka bermula untuk meminjam model-model Yunani pada tempoh lewat Republik Rom. Bagaimanapun, apa yang orang-orang Rom mempunyai ialah:
sebuah sistem yang amat maju mengenai upacara amal, kolej paderi, dan "kelompok" dewa-dewi yang berkait.
satu set mitossejarah yang kaya mengenai asas dan kebangkitan kota mereka yang melibatkan pelakonmanusia, kekadangnya dengan campur tangan dewa-dewi.
Mitologi awal mengenai dewa-dewi
Model Roman melibatkan cara berbeza dalam mentakrifkan dan memikirkan dewa-dewa mereka berbanding kaum Yunani. Sebagai contoh, jika seseorang bertanyakan orang Yunani tentang Demeter, dia mungkin akan membalasnya dengan kisah hebat dan terkenal tentang kesedihanya pada Persephone yang diperkosa Hades.
Kaum Rom purba, yang berbeza, akan memberitahu yang Ceres mempunyai paderi rasmi yang dipanggil flamen, yang merupakan junior kepada wiktionary:flamenJupiter, Mars, dan Quirinus, tetapi senior kepada flamen Flora dan Pomona. Dia mungkin akan memberitahu tentang dewa itu berkumpulan dengan dua dewa pertanian lain, Liber dan Libera. Dan dia mungkin akan menyebut dengan lancar semua dewa kecil dengan peranan khusus yang membantunya: Sarritor (merumpai), Messor (menuai), Convector (mengangkut), Conditor (menyimpan), Insitor (menyemai), dan berdozen-dozen lagi.
"Mitologi" Rom purba, sekurang-kurangnya menitik beratkan dewa-dewa, tidak dibuat melalui penceritaan, tetapi berkaitan antara manusia dan dewa.
Agama asal bagi masyarakat Rom awal telah diubah dengan pertambahan dan percanggahan kepercayaan pada waktu kemudian, dan dengan asimilasi oleh mitologi Yunani. Kita tahu apa yang akan kita lakukan tentang agama Rom purba bukanlah melalui cerita sezaman, tetapi dari penulis kemudiannya yang cuba untuk menyelamatkan tradisi lama dari lapuk dan tidak digunakan lagi, seperti sarjana abad pertama SM Marcus Terentius Varro. Penulis klasik lain, seperti penyajak Ovid dalam Fasti (Kalendar) nya, banyak dipengaruhi model Hellenistik, dan karyanya sering menggunakan kepercayaan Yunani untuk mengisi jurang dalam tradisi Rom.
Mitologi awal mengenai sejarah Rom
Berbeza dengan kekurangan bahan karangan tentang para dewa, masyarakat Rom kaya dengan kegemilangan legenda tentang pengasasan dan pertumbuhan awal Bandar mereka. Sebagai tambahan kepada tradisi kampung halaman ini, kisah dari legenda keperwiraan Yunani dicantumkan ke dalam cerita penduduk tempatan pada mula-mulanya, yang memberikan Aeneas, sebagai contoh, leluhur kepada Romulus dan Remus.
Aeneid dan beberapa buku pertama Livy merupakan sumber yang terbaik yang masih wujud bagi mitologi manusia ini.
Dewa-dewi utama Rom
Apollo, Dewa matahari, tarian, muzik, dan perayaan
Alan Cameron. Greek Mythography in the Roman World (Mitografi Yunani di Dunia Rom) (2005) OUP, Oxford (diulas oleh T P Wiseman dalam Times Literary Supplement13 Mei2005 m.s. 29)