Milenium ke-8 SM

 Milenium:    Milenium ke-9 SMMilenium ke-8 SMMilenium ke-7 SM  


Pada milenium ke-8 SM, pertanian diamalkan secara meluas di Sabit Subur dan Anatolia. Tembikar tersebar luas (dengan perkembangan yang berasingan di Amerika Utara) dan penternakan haiwan (pastoralisme) tersebar ke Afrika dan Eurasia. Jumlah penduduk dunia dianggarkan sebagai lebih kurang 5 juta.


Peristiwa

Kawasan selatan Çatalhöyük. Ekskavasi arkeologi sedang dilaksanakan.

Perubahan alam sekitar

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • Kemunculan pertanian.
  • Amerika Selatan: Ubi kentang dan kacang ditanam.
  • Asia Timur: Permulaan penanaman padi.
  • Mesir Kuno: Pembelajinakan kucing, dan lembu Bos aegyptiacus.
  • Asia Barat Daya: Pembelajinakan biri-biri.
  • Afrika: Pembinaan pondok, perdiangan, serta jelapang, dan pengeluaran alat-alat batu tidak mudah alih untuk mengisar biji-bijian.
  • Asia: Orang-orang Catal Huyuk memakai kulit haiwan, serta topi yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sama.
  • China: Pembinaan rumah dan tanur, serta pengeluaran tembikai, ukiran batu firus, dan alat-alat yang diperbuat daripada batu serta tulang, dan yang paling luar biasa, flut tulang.
  • Kota yang terletak di Anatolia di Turki kini menunjukkan sebilangan artifak yang membuktikan pengamalan penyembahan dewi yang meluas.
  • Laut Mediterranean: Tanah liat dan lepa digunakan untuk membentuk patung-patung di Jericho dan cAin Ghazal.
  • Asia: Bukti pertama untuk ini dengan "token-token penghitung" tergores sejak sekitar 9,000 tahun dahulu di sabit subur neolitik.
  • Jepun: Tukang-tukang tembikar Jepun mula menghiasi bekas-bekas masak tembikar pada sekitar masa ini.
  • Korea: Tradisi-tradisi tembikar yang mudah, kekadangnya dengan kesan-kesan tali pintal dan tanda-tanda hiasan yang lain.
  • Australia: Pertanian di New Guinea.
  • China: Orang-orang di desa Jiahu telah mengamalkan penghidupan desa. Bahagian-bahagian kota diperuntukkan untuk fungsi-fungsi yang berbeza.
  • Tapak Jiahu di China: Orang-orang Cina telah menjadi ahli-ahli muzik dan tukang-tukang yang ulung.
  • Yunani: Bukti-bukti gandum, barli, biri-biri, kambing, dan babi membayangkan bahawa ekonomi pengeluaran makanan diamalkan di Aegia.
  • Gua Franchthi di Argolid, Yunani, menjadi bukti pengebumian-pengebumian senjaga yang terawal di Yunani.
  • England: Sebahagian besar dasar Laut Utara merupakan darat sebelum zaman ini.
  • Amerika Kala Kuno: Orang-orang asli Amerika bergerak mengikut musim di sekitar Vermont untuk hidup, memburu, memungut, dan memancing ikan.
  • Mexico: Pengeluaran barang-barang tembikar, pembinaan timbunan kubur, serta pengembangan teknologi taman.
  • Bandaraya Mexico: Berhampiran dengan jalan besar yang mengaitkan ibu kota dengan Cuernavaca terletak sebuah piramad bertangga yang bulat dan yang amat rumit.
  • Aktiviti glasier mencipta Laut Champlain; orang-orang Paleo-Indian menjelajah dan memburu di Vermont.
  • Dunia - Antara 12,000 SM dan 5,000 SM, kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk terjadi di banyak kawasan dan mengakibatkan kenaikan aras laut yang agak tiba-tiba di banyak tempat di seluruh dunia.
  • Eropah Utara - Wanita-wanita dikatakan mengembangkan rambut perang muda dan mata biru untuk memikat atau menarik perhatian lelaki-lelaki yang sukar didapati, akibat keadaan-keadaan di utara. (The Sunday Times, 26 Februari 2006)

Peristiwa penting budaya

Fiksyen dan mitos

Rujukan

  1. ^ Angka purata daripada berbagai-bagai sumber sebagaimana yang disenaraikan Anggaran sejarah Jumlah Penduduk Dunia oleh Biro Banci Amerika Syarikat

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!