Metro Hanoi atau secara rasminya Kereta Api Bandar Hanoi adalah sebuah sistem alihan laju di Hanoi, dan ia merupakan sistem yang pertama seumpamanya di negara Vietnam.[1] Sistem ini dikendalikan dan diuruskan oleh Syarikat Metro Hanoi (HMC).[2]
Laluan pertama metro ini iaitu Laluan 2A (Cat Linh–Ha Dong) telah memulakan perkhidmatan kereta apinya pada 6 November 2021.[1] Laluan metro keduanya iaitu Laluan 3 (Nhon–Ha Noi) pula sedang dibina[2] dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2022. Cadangan sistem Metro Hanoi pada masa akan datang untuk mempunyai 8 buah laluan kereta api dengan panjang keseluruhan 318 kilometer (198 bt) dan dijangka untuk menampung kira-kira 200 ribu penumpang sehari.
^ abDavid Burroughs (9 November 2021). "Hanoi opens Vietnam's first metro line" (dalam bahasa Inggeris). International Rail Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2021. Dicapai pada 27 November 2021.